Animated Dragonica Star Glove Pointer

Wednesday 27 March 2013

Bosan...bosan...

Assalamualaikum kpd pembaca2 blog...da lama aku x update blog kan..bosan...bosan...tetiba rasa nak tulis blog..sbenarnya aku xtau nak ceta ape ni...ada idea x?? hmm...ceta ape ye?? korang nak tau x nape nama fb aku Rain Mat Nor?? mesti korang ingat aku gler ceta korea kan..amik nama artis korea2..RAIN...ish2..bukan la..

Bagi yg tau nama penuh aku mesti tau nape aku amik nama rain2..sbenarnya ramai yg x reti sebut nama penuh aku dgn betul...kebanyakan chinese la..dieorg sebut SITI NOO RAIN...haha...rasa nak marah pun x boleh..redha jelah..pas2 da la sebut nama penuh x betul dieorg nak sebut "ain" pun x boleh...kalo pgil "siti" mmg aku xkan layan la..wat dek je..ntah nape aku x ske pgilan2...so aku suruh dieorg pgil aku "Rain" je...

Aku letak la nama fb aku2 Rain Mat Nor....lgpun da ramai nama noorain ni...kang susah plak kwn2 nak jejak...jgn pgil hujan ok...da la aku x ske kump.hujan...ntah pape group2..

Hmm...lagi nak ceta ape ye?? bosan..bosan...yelah..aku mane de laki lagi..bf lagi la xde...mesti korang rasa aku tipu kan..mmg btul pun aku single lagi...ramai kwn2 aku yg tanya..skrang ni aku dgn sape?? Aku bukan mcm dulu..ske kapel2 ni..skrang da x wujud istilah kapel2 dlm hidup ku..Yeahh!! aku da single...hehe...

Aku lebih suka berkawan dgn org yg anggap aku kawan....b'kwn biar ikhlas...no feeling2 ok...cinta akan dtg tanpa kita sedari...chewah!! bagi aku biarlah aku serahkan hati aku utk suami ku sahaja...inshaa Allah...die akan datang suatu ari nanti... :)

Yang aku harap die akan datang membimbingku hingga ke syurga Allah...mencintai ku krn Allah..bukan kerana paras rupa..inshaa Allah...doakan aku ye... :)



Cinta Abadi...


Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama haizal. Dia ni org Penang. Die ade awek name Azira. Azira nih dok kt Pahang..
Dieorg ni x penah jumpa sebelum ni, cuma msg n call aje..
Gambar pun dieorg xpernah tengok sbb mereka hanya memakai nokia 3310i. Dieorg da x tahan nak jumpa sangat2...Dieorg pun berpakat akan berjumpa pada hari raya pertama..Dan dieorg bercadang utk berjumpa di rumah Azira.
Azira telah beritahu keluarga dia yg haizal akan datang beraya kerumah mereka..

Pada seminggu sebelum hari raye,Azira terlibat dgn satu kemalangan..
Mayat Azira selamat dikebumikan. .
Seluruh keluarga Azira sangat bersedih atas pemergian Azira..
Azira di dapati terkoban dalam kemalangan tersebut..
Akan tetapi,Haizal tidak mengetahui hal ini..
Kebetulan,hp haizal rosak pada hari kematian Azira..
Sehari sebelum raya,barulah hp die siap dibaiki...
Apabila hp da ok,haizal terus msg Azira..
Mesej yg dihantar oleh haizal tersebut semua di'reply'..
Pada hari yg ditetapkan,dgn alamat yg pernah diberi oleh Azira kpd Haizal..
Haizal bertolak dr Penang pd subuh awal syawal,dan smpai di Pahang pd petang ari tu juga dengan memandu kereta proton wira 1.6 kepunyaan kwn baiknya.

Bila smpai shj dirumah Azira,dia terus bagi salam dan memperkenalkan diri kepada ibu bapa Azira...
Ibu bapa Azira pon menyuruh haizal duduk..
Mereka berbual dgn bertnya tntang diri haizal..tetapi mata haizal terjenguk2 kearah dapur dan bilik2 yg ade dirumah tersebut kot2 ade azira keluar atau menyorok dari dia...Haizal semakin tidak senang duduk..
Setelah lama berbual,Haizal pun tanya pasal Azira kerana beliau tidak tahan nak berjumpa dgn Azira..
Ibubapa Azira menyarankan supaya haizal banyak bersabar...
Haizal semakin hairan,dan bertanya kepada ibubapa Azira,
"kenapa mak cik ngan pak cik??ape yg dah berlaku pd Azira??"
"Azira telah meninggal dunia" kata ibu Azira..
Haizal semakin kehairanan..
Haizal bertanya"bila mak cik??sbb apa??"
Ibu bapa Azira pun menceritakan tentang hal kejadian..
Haizal agak terkejut,tetapi haizal tidak percaya kerana beliau ade sms dgn Azira sebelum berangkat ke Pahang...
Haizal pun tunjuk semua sms itu kpd ibu bapa Azira..
Setelah membaca dan melihat no telefon tersebut,ibu bapa Azira hairan kerana cara sms dan no telefon itu memng Azira yg punye..



Utk mendapatkan kepastian,ibu bapa Azira bawak Haizal ke tanah perkuburan Azira..
Haizal masih x berpuas ati dan mengorek kubur Azira
Memang betul Azira sudah mati dan berada didalam kubur tersebut..
Haizal semakin hairan dan ketakutan..
Sebelum Azira meninggal,Azira telah berpesan kpd org tua die supaya kalo dia mati,tanam skali hp die sbb die terlalu syg kt hp nih..
Ibu bapa Azira turut menceritakan hal ini kepada haizal..
Haizal pun cuba sms Azira didepan ibu bapa Azira,
"awk ngah wat pe??". Tidak lama kemudian,hp haizal berbunyi dan ade satu sms diterima,apabila buka sahaja sms tersebut,kesemua mereka terkejut beruk kerana sms itu dibalas oleh Azira dan sms tersebut berbunyi
"xde wat papepon..awk da smpai ke??".
Haizal semakin panik dan membalas "ibu bapa awk kata awk da MATI??"
Dan Azira pun balas "memang sy da meninggal.."
Haizal cuba beranikan diri dan membalas semula sms tersebut dgn "ABES 2,MCM MANE AWK BOLEH BALAS SEMUA SMS SY??"
Tidak lama kemudian,hp haizal pun berbunyi lg...
Kesemua mereka menjadi semakin panik,takut dan mcm bermain difikiran mereka semasa azira hendak membaca sms tersebut...
Apabila mereka baca sms tersebut,mereka semakin takut dan seram hingga bulu roma berdiri tegak..
Kerana sms tersebut berbunyi...



"DIGI ADA DIMANA-MANA" 



Monday 27 August 2012

Doa mendapat jodoh yang baik


Ya Allah..Ya Tuhanku..
Jika pendampingku telah Engkau lahirkan
Gerakan hatinya tuk menujuku , Pertemukanlah kami dlm sebaik-baiknya pertemuan untuk menuju Redha-Mu..
Kerana Engkaulah yg berhak atas hati hamba2-Mu..
Dan Engkau jua yg kuasa membolak-balikkannya..

Ya Rabb,
bila dia jauh,dekatkanlah..
Eratkan hati kami dlm ikatan kerana-Mu ,tautkan hatiku dgn hatinya yg sama2 mengharap & mendamba sebuah keinginan menuju redha-Mu..

Ya Allah...Yang Maha Pecinta
Pemilik cinta sejati ,Jikalau cintaku kau ciptakan untuk dia
Tabahkan hatinya..
Teguhkan imannya..
Tegarkan penantiannya..

Ya Rabb...Sang Pemilik Hati
Jikalau hatiku KAU ciptakan untuk dia ,Penuhi hatinya dg Kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan Cahaya-Mu ,Limpahkan kelapangan dikalbunya dengan kesabaran,Temani dia dlm kesepian..

Ya Rabb,
Tiada tempat ku bersandar Selain pada-Mu,
Kutitipkan cintaku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan sayangku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan rinduku pada-Mu untuknya..
Mekarkan cintaku bersama cintanya..
Satukan hidupku & hidupnya dlm Cinta-Mu..

Rabb....
Ku yakin bila saatnya sudah menghampiri,
Pasti kebahagiaan itu aku dapati..
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dlm penantianku..

Ya ALLAH..
kirimkan dia yang dapat membawa kebaikan,
Baik bagi duniaku,akhiratku dan agamaku..
Agar kami sama2 berjamaah tuk tetap Menuju-Mu..
bimbinglah hati kami, Kuatkan hati kami..
Penuhilah dengan Rahmat & kasih sayang-Mu..Aamiin ya Rabb...

Wednesday 8 August 2012


Wahai saudaraku seiman.. Sesungguhnya pada sepuluh  hari terakhir bulan Ramadhan ada
malam kemuliaan (lailatul qadar). Ini adalah malam  yang memiliki keutamaan yang agung.
Diantara keutamaannya:

Malam lailatul qadar adalah malam yang penuh keberkahan sebagaimana firman Allah ta’ala:


“ Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan Sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan. pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah,(yaitu) 
urusan yang besar dari sisi kami. Sesungguhnya Kami adalah yang mengutus rasul-rasul” (QS. Ad
Dukhan : 3-5)


Pada malam lailatul qadar para Malaikat dan Malaikat Jibril turun ke bumi dengan membawa
keberkahan, kebaikan, dan rahmat. Sebagaimana firman Allah ta’ala:

“ pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Malaikat Jibril” (Qs. Al Qadar : 4)


Malam lailatul qadar adalah malam keselamatan / kedamaian bagi orang-orang yang beriman
dari segala hal yang mereka takutkan dikarenakan banyaknya pengampunan dosa dan
pembebasan dari neraka.

Malam lailatul qadar itu sebagaimana yang Rasulullah katakan:


“Barangsiapa yang berdiri (menunaikan shalat) pada bulan Ramadhan dengan keimanan dan 
mengharapkan pahala maka akan diampuni dosanya yang telah lalu”  (HR. Bukhari dan
Muslim)


Maka siapapun orang yang menegakkan shalat tarawih dengan penuh keimanan kepada
Allah serta mengharapkan balasan pahala dari Allah, ia akan memperoleh keutamaan sekalipun
ia tidak mengetahuinya.


Malam lailatul qadar terjadi pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan (pada malam-malam
ganjil). Maka  disyari’atkan bagimu -wahai kaum muslimin- dalam mencarinya dan berupaya
keras mendapatkannya. Rasulullah  bersabda:


“Carilah malam lailatul qadar pada malam ganjil sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan” (HR.
Bukhari)


Jika tiga malam pertama dari sepuluh hari terakhir terlewatkan olehmu atau karena tidak mampu,
maka bersungguh-sungguhlah pada tujuh hari yang tersisa. Rasulullah  bersabda:


“Carilah malam lailatul qadar pada sepuluh hari terakhir. jika salah seorang di antara kalian 
tidak mampu atau lemah maka jangan sampai terluput dari tujuh hari sisanya” (HR. Muslim)


Berupayalah dengan sungguh-sungguh dalam mencari malam lailatul qadar pada sepuluh malam
terakhir bulan Ramadhan dan lebih bersungguh-sungguh lagi pada tujuh malam terakhir.
Rasulullah berkata kepada seorang sahabat yang bermimpi melihat malam lailatul qadar pada
tujuh malam terakhir:


“Aku melihat mimpi kalian. Mimpi kalian tepat pada tujuh malam terakhir. Barang siapa yang 
ingin mencarinya, maka carilah pada tujuh malam terakhir bulan Ramadhan.” (H.R. Muslim)


Carilah malam lailatul qadar pada malam kedua puluh lima, kedua puluh tujuh, dan kedua puluh
sembilan.

 Perbanyaklah membaca doa ini pada malam-malam pencarian lailatul qadar:


“Ya Allah.. Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf..  Engkau senang memaafkan.. Maka 
ampunilah aku..” 

‘Aisyah Radhiyallahu ‘anha pernah bertanya kepada Nabi :


“Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat anda kalau saya mendapatkan Lailatul Qadar, apa 
yang saya ucapkan ketika itu? beliau menjawab: “Katakanlah, Allahumma innaka 'afuwwun, 
tuhibbul 'afwa fa'fu 'anni” (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah, Shahih)





















Tuesday 10 July 2012

Indahnya langit

Aku suka tengok langit..indahnya langit yang biru membuatkan hati ku rasa tenang..sebab itu aku suka sangat dengan warna biru..bila kita tengok langit rasa kerdilnya kita di muka bumi ini. SubhanAllah..indahnya langit ciptaan tuhan..



Bila aku tengok langit aku terpikir apa lagi yang kita nak dalam hidup ini. Adakah kita dah kaya kita akan bahgia?? Adakah kita mempunyai pangkat dan darjat akan membuatkan kita lebih bahgia??..semuanya tidak menjanjikan kebahgiaan..kebahgiaan akan terasa bila kita sentiasa bersyukur kepada Allah..tidak guna kita hidup jika kita mempunyai harta, pangkat dan darjat tapi lupa diri, lupa kepada Allah..bila2 masa je tuhan boleh menarik balik nikmat yang tuhan berikan jika kita tidak bersyukur kepada Allah. 

Aku sukakan kesederhanaan..aku tak mintak nak jadi kaya..aku tak mintak pangkat dan darjat..aku tak mintak rumah sebesar istana..aku tak mintak suami hensem..aku tak mintak suami berpangkat tinggi..yang aku nak cuma hidup bahgia di dunia dan di akhirat..dan suami yang baik,soleh dan beriman yang boleh membimbingku ke jalan yang direhdai Allah..

So, kenapa aku belajar tinggi-tinggi tapi tak nak pangkat tinggi ?? bukan tujuan aku untuk belajar dapatkan pangkat tinggi..aku cuma mencari ilmu Allah di muka bumi ini..kalau dapat pangkat tinggi pun alhamdulillah..itu rezeki Allah bagi tapi kita kenalah bertanggungjawab ke atas tugas yang diberikan. Kalau boleh memang aku nak belajar sampai ke tahap PHD tapi insyaAllah jika aku ada kesempatan aku akan belajar sampai ke tahap itu..aku cuma mencari ilmu Allah selagi hayat dikandung badan. 

Ramai yang tertanya apakah cita-cita ku sebenarnya?? lepas belajar nak kerja apa? cita-cita ku sebenarnya nak jadi saintis sebab aku suka sangat dengan subjek sains, biologi, suka buat eksperimen pelik2..tapi rezeki ku bukanlah di situ..kata orang jangan benci sesuatu benda nanti benda itu la kita dapat nanti..so, aku benci betul dengan subjek sastera, sejarah, ekonomi..akhirnya benda itu la yang aku dapat sekarang..mungkin tuhan nak rencanakan untuk aku sesuatu..takpelah aku rehda..lepas belajar nak kerja apa?? aku sendiri pun tidak tahu..ikut jelah takdir tuhan untuk ku..mungkin di bidang property tapi aku bukanlah pakar sangat bidang itu..So, impian ku paling utama adalah ingin menjadi isteri solehah jika aku berkahwin..kalau tak kahwin lagi aku cuma nak jadi anak solehah..kata orang isteri solehah sebagai tiket untuk masuk syurga. Best nya kalau kita masuk sana kan..hmm...oklah sampai di sini sahaja aku nak membebel...bye.. :)

*Sentiasa ingat hidup di dunia hanyalah sementara, yang kekal abadi hanyalah di akhirat..Oleh itu, jangan kita terlalu alpha dengan dunia ini..Sentiasa lah mengingati Allah yang satu..sekian.. :) 


Sunday 6 May 2012

Dihimpit makhluk seakan orang utan


Hari ini Milah terpaksa menggantikan rakannya yang demam untuk memeriksa peralatan makmal di kolej tempatnya bekerja. Rutin ini sebenarnya sudah menjadi kebiasaannya setiap minggu. Bilangan pelajar yang terlalu ramai menggunakannya memaksa rutin ini dijalankan setiap minggu. Ini kerana, sudah banyak kali peralatan makmal berkurangan sedikit demi sedikit sehingga sukar untuk melengkapkan kajian tanpa peralatan sepatutnya.

Setelah memeriksa peralatan makmal di blok berkenaan, Milah berjalan menuju ke blok berdekatan pejabatnya. Di sana, masih ada beberapa makmal yang masih belum diperiksa lagi. Sambil menoleh memeriksa jam di tangannya, Milah mengeluh. Sudah hampir 3 jam dia di situ. Seharusnya, dia pulang awal pada malam ini kerana ibunya meminta dia membawanya ke pasar raya  untuk membeli barang-barang dapur. Terpaksa pula Milah meminta tolong daripada dua adiknya supaya menemani ibunya.

Seperti biasa, Milah memeriksa setiap laci di dalam makmal itu dan memastikan kelengkapan peralatan di setiap laci masih ada. Begitu juga dengan peralatan serta bahan-bahan uji kaji yang terdapat di bilik persediaan makmal. Semuanya masih berada dalam keadaaan baik. Selesai memeriksa, Milah duduk di meja untuk melengkapkan beberapa borang dan menandatanganinya sebagai bukti semuaanya sudah diperiksa. Sedang asyik menulis, tiba-tiba bulu romanya meremang. Terasa sejuk sekali udara di belakangnya. Milah  cuba menoleh, tetapi kepalanya berat sehingga tidak mampu untuknya menoleh.

Melalui ekor matanya, Milah memandang ke kanannya. Tersirap darahnya melihat lembaga seperti di dalam bungkusan berdiri di sebelahnya. Milah memejamkan matanya untuk memastikan apa yang dilihatnya. Namun, nyata Milah tidak bermimpi. Lembaga itu kini sudah benar-benar berada di sebelah kanannya sambil cuba menunduk mendekatinya.

Milah cuba bergerak,tetapi tidak semena-mena ada sesuatu menyentuh tangan kirinya. Bagaikan mahu menangis tatkala matanya melihat ada tangan lain yang menyentuhnya. Sejuk, bagaikan daging beku yang baru dikeluarkan di dalam peti sejuk. Itulah yang Milah rasakan.

Anak matanya melirik ke kiri dan alangkah terkejutnya, makhluk seakan orang utan yang begitu besar menggenggam erat tangannya. Milah kaku. Hendak menjerit, lidahnya kelu. Bagaikan ada sesuatu yang menyekat suaranya daripada keluar. Hendak bangun dan melarikan diri, tangannya dipegang erat, kakinya pula bagaikan dipaku.

Milah tidak tahu untuk berbuat apa lagi. Milah tunduk dan memejamkan matanya sekuat hati. Entah apa-apa doa dan surah-surah pendek dibacanya, Milah sendiri tidak pasti. Hatinya berkata supaya bertenang agar dia dapat mengingati surah-surah pendinding diri, namun akalnya tidak mampu melakukannya.

Peluh dingin yang sedari tadi memercik perlahan kini laju menuruni pipinya. Milah sudah menangis. Tiada siapa yang dapat membantunya. Hanya dia sendirian menangani dua makhluk yang mengganggunya. Tiba-tiba, hilaian panjang dan menyeramkan menerjah ke telinganya. Menggigil dan lemah seluruh anggota tubuhnya.

Peliknya, serta-merta sahaja ringan kepalanya mendongak. Namun, apa yang dilihatnya lebih menakutkan. Kelibat lembaga wanita berpakaian serba putih dengan muka yang hodoh lagi menyeramkan kini berada di hadapannya.

Entah dari mana datang kudratnya, Milah menjerit sambil dirinya bingkas bangun berlari meninggalkan makmal itu. Milah berlari sambil sesekali menoleh ke belakang memastikan dirinya dapat melepaskan diri dari gangguan ketiga-tiga makhluk itu.

Tanpa disedari, kaki Milah tersadung batu pada pasu bunga di koridor blok makmal itu membuatkan dirinya hampir-hampir terjatuh. Milah masih terus berlari, sambil menangis melolong. Air mata yang berjuraian mengaburkan pandangan matanya sehingga Milah terlanggar dinding. Milah jatuh tidak sedarkan diri.

"Mak, tolong Milah mak. Tolong Milah mak. Ada hantu!" Milah melolong kuat. Bertambah kuat lolongan Milah bila merasakan tangannya digenggam erat dan pipinya pedih bagaikan ditampar.

Suara ibunya membangunkan Milah. Milah memberanikan diri membuka mata. Dilihat, ibunya dan dua adik-adiknya berada di sisi. Milah berada di hospital. Sudah 3 ari Milah tidak sedarkan diri selepas berlakunya 'insiden' itu. Menurut ibunya, dia dijumpai pengsan dengan luka di dahi akibat terhantuk di dinding.

Selepas sembuh, Milah kembali bekerja walau perasaannya berbelah bahagi. Namun, selepas insiden itu diceritakan, rutin itu tidak lagi dijalankan selepas kerja, tetapi dijalankan dua jam sebelum habis waktu pejabat oleh semua pembantu makmal. Ini dilakukan untuk mengelakkan kejadian gangguan seperti itu berlaku lagi.

~Sekian~

Saturday 10 December 2011

Antara Ujian, Dosa dan Keampunan Tuhan



Ya Allah, ampunkan segala dosa hambaMu ini.  Sesungguhnya hambaMu ini jahil atas  segala perbuatan dosa yang pernah dilakukan dahulu. Hati merintih tatkala melafaz doa memohon keampunan daripada Tuhan. Sayu
dan menyesal mengenangkan dosa-dosa silam yang pernah dilakukan oleh hamba yang telah insaf.  Allah Maha Pengampun.  Walau sebanyak mana pun dosa yang dilakukan oleh hamba-hambaNya, dengan rahmat dan sifat
PenyayangNya, Dia akan mengampunkan. Sebagai hamba, hanya taubat
dapat menghapus segala dosa.


Ujian Tuhan datang dengan pelbagai cara.  Tidak kira sama ada kita diuji dengan keseronokan atau dengan kesedihan. Sebagai hamba yang beriman, doa adalah senjata.  Allah juga tidak akan menguji hambanya
dengan beban yang sangat berat sehingga tidak mampu ditanggung. Itulah janji Allah dalam Al-Quran,(maksudnya): “ Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia
mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa):”Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankankan kepada
kami apa yang tak sanggup kami menanggungnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami… (Surah Al-Baqarah :286).


Setiap ujian itu ada sebabnya.  Allah sentiasa menguji hamba-hambaNya untuk meningkatkan keimanan dalam diri.  Allah tidak hanya membiarkan hamba-hambaNya dibiarkan selesa dengan mendakwa mereka telah beriman
sedangkan ujian belum ditimpa kepada mereka.  Firman Allah (maksudnya):  “Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami beriman,” dan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang yang benar dan pasti mengetahui tentang orang yang berdusta.” (Surah al-’Ankabut, ayat 2-3).


Naluri hamba kepada Tuhannya.  Tatkala dihimpit dengan kesempitan hidup, terbeban dengan segala masalah,sakit walau sedikit, mengalami kesukaran, panik dengan perkara yang mencemaskan, secara fitrahnya
fikirannya akan ingat kepada Tuhan. Hamba,  tidak mempunyai sebarang kekuatan pun melainkan hanya Allah yang memberi segala keupayaan.


Hanya dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang.  Hal inilah yang difirmankan dalam kalamNya yang mulia iaitu Al-Quran (maksudnya ) “Orang  yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati
menjadi tenteram. (Surah al-Ra`d:28)


Alangkah indah hidup mendapat kasih sayang dan reda Allah.  Mendapat ketenangan hanya mengingati Allah.  Dapat menyelesaikan masalah dengan pertolongan Allah.  Tatkala terjatuh, nama Allah yang disebut.  Ketika
sakit, bergantung penuh kepada Allah untuk menyembuhkan.  Kehidupan ditempuh  dengan mengharapkan rahmat daripada Allah.  Segala-galanya tidak putus daripada tali Allah yang dihulurkan kepada setiap hamba
yang senantiasa patuh dan tunduk dengan perintahNya.  Sebagai hamba yang taat, tidak mungkin dia terlupa dengan doa dan ikrar yang dilafazkan setiap kali solat .(maksudnya)  “Kepada Engkau kami sembah
dan kepada Engkau jua kami memohon pertolongan.Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.  Jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka dan bukan (jalan) yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang
sesat”. (Surah Al-Fatihah : 5-7)


Kesilapan, dosa, kelemahan dan ketidaksempurnaan akan sentiasa membelenggu setiap hamba. Ditambah pula dengan godaan syaitan dan nafsu yang sentiasa mengajak melakukan dosa, maka hamba yang lemah akan hanyut.  Namun, sebaik-baik hamba, hamba yang bertaubat atas segala dosa seperti sabda Rasulullah (maksudnya) :“Semua anak Adam itu melakukan kesalahan. Sebaik-baik pelaku kesalahan itu ialah mereka
yang bertaubat” (Riwayat Ahmad, al-Tirmizi dan Ibn Majah)


Sebagai manusia kita tidak sunyi daripada melakukan dosa.  Namun yang pentingnya ialah menyesal dengan segala kesilapan yang pernah dilakukan,tinggalkan segala perbuatan dosa tersebut dan berazam tidak
mengulanginya lagi.  Mohon ampunlah kepada Tuhan.Semoga Allah mengampunkan.


Saat lidah melafaz ampun, hati merintih pilu dan jiwa yang tulus memohon kemaafan Tuhan, maka air mata berlinangan tanda penyesalan yang teramat sangat seiring perasaan takut akan penyeksaan daripada Allah akibat dosa jika tidak diampunkan.  Mudah-mudahan air mata ini yang memadamkan api neraka yang mahu membakar diri.


(Istighfar) : ASTAGHFIRULLAHAL\'AZIM, ALLAZI LA ILA HA ILLA HUAL HAYYUL QAYYUMU WA ATU BU ILAIH.(maksudnya):\"Aku memohon ampun kepada Allah Maha Besar, yang tidak ada Tuhan selain DIA, yang hidup dan
selalu jaga, dan aku bertaubat padaMU\".