Animated Dragonica Star Glove Pointer

Tuesday, 10 July 2012

Indahnya langit

Aku suka tengok langit..indahnya langit yang biru membuatkan hati ku rasa tenang..sebab itu aku suka sangat dengan warna biru..bila kita tengok langit rasa kerdilnya kita di muka bumi ini. SubhanAllah..indahnya langit ciptaan tuhan..



Bila aku tengok langit aku terpikir apa lagi yang kita nak dalam hidup ini. Adakah kita dah kaya kita akan bahgia?? Adakah kita mempunyai pangkat dan darjat akan membuatkan kita lebih bahgia??..semuanya tidak menjanjikan kebahgiaan..kebahgiaan akan terasa bila kita sentiasa bersyukur kepada Allah..tidak guna kita hidup jika kita mempunyai harta, pangkat dan darjat tapi lupa diri, lupa kepada Allah..bila2 masa je tuhan boleh menarik balik nikmat yang tuhan berikan jika kita tidak bersyukur kepada Allah. 

Aku sukakan kesederhanaan..aku tak mintak nak jadi kaya..aku tak mintak pangkat dan darjat..aku tak mintak rumah sebesar istana..aku tak mintak suami hensem..aku tak mintak suami berpangkat tinggi..yang aku nak cuma hidup bahgia di dunia dan di akhirat..dan suami yang baik,soleh dan beriman yang boleh membimbingku ke jalan yang direhdai Allah..

So, kenapa aku belajar tinggi-tinggi tapi tak nak pangkat tinggi ?? bukan tujuan aku untuk belajar dapatkan pangkat tinggi..aku cuma mencari ilmu Allah di muka bumi ini..kalau dapat pangkat tinggi pun alhamdulillah..itu rezeki Allah bagi tapi kita kenalah bertanggungjawab ke atas tugas yang diberikan. Kalau boleh memang aku nak belajar sampai ke tahap PHD tapi insyaAllah jika aku ada kesempatan aku akan belajar sampai ke tahap itu..aku cuma mencari ilmu Allah selagi hayat dikandung badan. 

Ramai yang tertanya apakah cita-cita ku sebenarnya?? lepas belajar nak kerja apa? cita-cita ku sebenarnya nak jadi saintis sebab aku suka sangat dengan subjek sains, biologi, suka buat eksperimen pelik2..tapi rezeki ku bukanlah di situ..kata orang jangan benci sesuatu benda nanti benda itu la kita dapat nanti..so, aku benci betul dengan subjek sastera, sejarah, ekonomi..akhirnya benda itu la yang aku dapat sekarang..mungkin tuhan nak rencanakan untuk aku sesuatu..takpelah aku rehda..lepas belajar nak kerja apa?? aku sendiri pun tidak tahu..ikut jelah takdir tuhan untuk ku..mungkin di bidang property tapi aku bukanlah pakar sangat bidang itu..So, impian ku paling utama adalah ingin menjadi isteri solehah jika aku berkahwin..kalau tak kahwin lagi aku cuma nak jadi anak solehah..kata orang isteri solehah sebagai tiket untuk masuk syurga. Best nya kalau kita masuk sana kan..hmm...oklah sampai di sini sahaja aku nak membebel...bye.. :)

*Sentiasa ingat hidup di dunia hanyalah sementara, yang kekal abadi hanyalah di akhirat..Oleh itu, jangan kita terlalu alpha dengan dunia ini..Sentiasa lah mengingati Allah yang satu..sekian.. :)