Animated Dragonica Star Glove Pointer

Thursday 21 July 2011

Mata ku nampak hantu...

Mata ku nampak hantu...hahaha...tajuk macam dalam movie plak kan...
Bosan la plak asyik ceta hantu dari orang lain je...kali ni aku nak ceta pasal diri aku plak...ceta benar tau bukan rekaan semata-mata...

Aku tau hanya segelintir manusia je yang boleh nampak hantu / jin / syaitan ni...aku penah melihat hantu waktu aku kecik je...tapi perkara yang aku tak boleh lupa sampai sekarang ni ialah wajah hantu / jin / syaitan tu sendiri..sungguh mengerunkan..huhuhu...

CERITA 1

Ceritanya begini...time tu umur aku 7 or 8 tahun kot...
Pada waktu malam sekitar pukul 2 or 3 pagi aku terjaga dari tidur..aku terdengar jirusan air di bilik air. Aku melihat di sebelah ku mak ku tiada, mungkin mak aku pegi bilik air kot...


Tiba-tiba aku ternampak 'benda' yang keluar dari bawah katil..aku jadi kaku seketika...rupanya sungguh menyeramkan...warna badan dia hijau, tinggi. ada 2 tanduk dan paling menakutkan aku dia tersenyum kat aku..aku ape lagi lari langkah seribu laa...dan paling aku tak sangka hantu / jin kejar aku dari belakang..time tu aku menangis sambil berlari...huhuhu...takot sangat...

Aku berlari ke arah bilik air..aku tau mak aku ada kat situ..aku segera memeluk mak ku dan mak aku hairan tengok aku bangun pagi-pagi buta sambil menangis. "Adeq, nape menangis?, " tanya mak ku. Aku perasan hantu / jin tu menghilangkan diri di bawah sinki dapur. Sambil menangis aku menjawab "hantu kejar adeq mak...," kata ku...


Mak aku segera mendukung ku ke tempat tidur semula...setelah itu aku boleh tidur nyenyak...hehehe...

CERITA 2

Pada waktu pagi yang indah..chewah...takde la indah sangat pun..aku bangun pagi time tu nak dekat pukul 7 pagi kot...aku da biasa bangun pagi walaupun time tu aku sekolah petang..time tu aku sekolah rendah lagi tak ingat darjah brape...mak aku turut bersama membantu ku mengemas katil..

Tiba-tiba aku ternampak satu lembaga tinggi dan besar lalu di ruang tamu..aku nampak menerusi langsir bilik itu..langsir bilik ku warna putih dan jarang, so boleh la nampak menerusi langsir...lembaga itu tinggi sampai ke siling rumah ku..pergerakan nya macam slow motion je...time tu aku hendak memanggil mak ku lihat sekali tapi kelu lidah la plak..so, aku hanya mapu mencuit mak ku dan aku menunjukkan jari ku ke arah lembaga itu. Mak aku pun terdiam seketika melihat lembaga itu berlalu menghilangkan diri di pintu agak nya..itu sahaja...sekian...hehehe...


CERITA 3
Dah banyak kali aku kena tindih dengan makhluk halus ni...sampai lah sekarang...kadang-kadang makhluk halus ni tindih aku sampai aku sukar nak bernafas...aku tak boleh tidur sorang diri dalam keadaan gelap..mesti 'benda' tu kacau aku...sebab itu sampai sekarang aku takut tidur sorang diri dalam keadaan gelap...sejak kecik lagi aku selalu di ganggu makhluk halus ni sampai aku jadi penakut...aku memang takut gelap..kalau nak tidur tutup lampu memang boleh tapi dengan syarat ada teman dalam bilik tu..kalau tidur sorang2 aku biarkan lampu terbuka je sampai la subuh..mak aku pun da faham dengan perangai aku ni..jangan la sesekali tutup lampu walaupun aku tengah tidur..'benda' tu akan kacau aku tindih aku dan 'benda' tu juga pernah menjelmakan diri di luar tingkap bilik ku...kali ni tak nampak wajah tapi nampak lembaga hitam pakai topi berdiri di luar tingkap bilik ku...kalau orang x mungkin la kan..rumah aku tu tingkat 1..so, banyak la juga aku pernah nampak hantu ni...huhuhu...


ok la..aku da penat bercerita...sekian... :)


p/s : Jangan tutup lampu !!!!!





Wednesday 20 July 2011

Siapa yang Menegur tadi??

Ari ni aku nak share dgn korg ceta hantu yg aku baca from buku cerita seram...kisahnya begini...


Hari sudah semakin larut. Hasni dan Azuin masih lagi tekun mengulang kaji pelajaran di fakulti. Pada minggu peperiksaan begini, memang ramai pelajar yang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. Jarang sekali fakulti dipenuhi pelajar untuk mengulang kaji, apatah lagi pada waktu malam begini.


Keadaan sunyi dan tenang memudahkan mereka menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran. Khusyuk menelaah pelajaran, tidak sedar jarum jam menunjukkan hampir 12.00 tengah malam. Ikutkan hati mahu sahaja mereka balik ke kolej dan menyambung ulang kaji di bilik. Takut pula bila memikirkan waktu-waktu begini banyak 'benda-benda' yang suka menganggu.


Tapi, Hasni dan Azuin tetap kuatkan semangat kerana peperiksaan pertama akan bermula awal pagi esok. Tiba-tiba, Hasni bangun dan menganjak Azuin menemaninya ke tandas.
"Hisy, sejuk sangatlah. Nak terkuncil pulak. Azuin, temankan aku ke tandas sekejap,"kata Hasni apabila sudah tidak tahan lagi mahu terkuncil.


"Ala, malaslah. Banyak yang aku belum cover lagi. Aku takut tak sempat aje nak habiskan semua. Taubat, lain kali aku tak nak study last minute macam ni," balas Azuin walaupun di hatinya terselit rasa takut ditinggalkan sendirian di dalam kelas tengah-tengah malam begini.
"Tak apalah kalau kau tak nak ikut. Tolong tengok-tengokkan barang aku ni," kata Hasni kecewa sambil berlalu.


Tidak sampai lima minit Hasni keluar, tiba-tiba kedengaran pintu dibuka. Hasni masuk sambil menundukkan muka dan duduk menyambung ulang kajinya yang terhenti tadi. Azuin hanya mendiamkan diri. Pasti Hasni merajuk sampaikan tidak mahu memandangnya.

Sementara itu, Hasni yang berada di tandas, masih lagi berdiri menghadap cermin. Baru sahaja disarungkan tudung yang dibuka sebentar tadi untuk membetulkan anak-anak rambut yang terkeluar, dia terdengar pintu ditolak dengan kasar dari sebelah luar.


"Aik, tadi aku ajak tak nak ikut. Tengok sekarang kau pulak yang kelam-kabut. Dah habis study ke?"perli Hasni pada Azuin yang melulu masuk ke tandas tadi.
"Kesian kat kau tak ada orang temankan. Kawan kau dah ada orang temankan,"balas Azuin sambil tersenyum sinis  padanya.
Pelik, kenapa suara Azuin lain macam aje. Kalau tak salah, muka dia nampak pucat sikit. Takkan sampai pucat muka tahan sakit perut kot, seloroh Hasni di dalam hati. Tersenyum-senyum dia sendirian di hadapan cermin mengingati wajah Azuin.
"Oi, Awin. Apa kau buat kat dalam tu. Lamanya. Tu la, aku ajak tadi kau tak nak ikut. Aku masuk dululah ya," laung Hasni bila sudah agak lama menunggu Azuin. Penat kakinya berdiri. 

Sebaik sahaja pintu dibuka, Hasni terkejut melihat Azuin yang masih lagi di dalam kelas. "Bila masa kau masuk kelas. Tadi, bukan ke kau ada lagi kat dalam tandas dengan aku?" tanya Hasni.


"Aik, yang kau tu, bila masa kau keluar. Tadi kau ada aje...Ha... Ha... Hasni, kau terfikir tak apa yang aku fikir?" tanya Azuin tergagap-gagap.
"Aah. Aku rasa dah cukuplah apa yang kita study tadi. Aku dah penatlah," ujar Hasni yang juga menyedari mereka sedang 'dipermainkan' di situ.

Terkocoh-kocoh, kedua-duanya mengemas barang-barang dan berjalan secepat mungkin meninggalkan kelas.
"Hai, takkan nak balik dah kot. Temankanlah kami. Tak ada siapa nak temankan kami. Jomlah kita main dulu." Terdengar suara-suara 'makhluk' menegur mereka sambil ketawa nyaring.
Apa lagi, mendengar sahaja suara-suara yang bercakap dengan mereka tanpa melihat sesiapa di situ, kedua-duanya mengangkat langkah seribu. Tak peduli lagi dengan beberapa alat tulis yang terjatuh akibat terlalu takut dengan gangguan begitu.

TAMAT.... 

Tuesday 19 July 2011

Penyakit Sinus / Resdung

ADAKAH hidung anda sering gatal-gatal, kerap bersin, berhingus dan berkahak terutama pada waktu pagi serta mata sering berair? Jika ya, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan rapi kerana anda mungkin menghadapi masalah resdung atau sinusitis. Walaupun ia boleh dirawat, pengesanan penyakit pada peringkat awal akan memudahkan lagi proses pengubatan. Lagipun, resdung pada peringkat parah bukan sahaja memerlukan pembedahan, malah ia mungkin membawa kepada penyakit lain yang lebih serius seperti barah. 


Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Dr. Isa Rejab berkata, masalah resdung berpunca daripada alahan terhadap habuk, kutu dan pijat atau makanan tertentu. Katanya, kegagalan merawat alahan itu akan membawa kepada gejala resdung dan penyakit-penyakit yang lebih merbahaya di dalam rongga sinus. Resdung bukan penyakit tetapi gejala penyakit yang mesti diselidiki dengan tepat untuk mengetahui penyebab bagi rawatan yang sepatutnya.

Berdasarkan ujian ke atas daging yang dikeluarkan daripada rongga sinus beberapa pesakit resdung, ada yang disahkan penyakit TB, kanser, kulat, virus dan bakteria,''katanya semasa menyampaikan ceramah di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Menurut beliau, apabila seseorang mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak. Katanya, daging atau dinding luar dan dalam hidung yang bengkak akan menyebabkan pergerakan udara serta pengeluaran cecair tidak berlaku secara normal. Malah, jangkitan resdung boleh merebak ke bahagian otak dan mata yang akhirnya menyebabkan seseorang menjadi buta.

Untuk mengesan pesakit resdung, kaedah endoskopi digunakan yang mana tiub kecil dan sumber cahaya akan dimasukkan ke dalam lubang hidung sehingga ke rongga sinus. Ia membolehkan pemeriksaan yang lebih teliti dijalankan bagi mengetahui apa sebenarnya yang terdapat di dalam rongga sehingga membawa kepada gejala resdung. Jika hingus di dalam ruang sinus sudah menjadi pekat dan basi, tiub akan dimasukkan untuk mencuci dan menyedutnya keluar. Pada peringkat yang lebih serius, pembedahan kecil terpaksa dilakukan yang mana bibir atas di potong untuk keluarkan daging yang tersumbat di dalam sinus,'' katanya.

Tambah Dr. Isa, bahan yang dikeluarkan daripada ruang sinus akan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan lanjut. Sementara itu, kata Dr. Isa, sebanyak 90 peratus daripada alahan ini pula disebabkan apa yang ada di rumah seperti di bawah selimut, bantal, tilam dan binatang peliharaan. Di samping itu, katanya, sesetengah orang pula alah pada bedak herba, ubat-ubatan, buah-buahan seperti nanas, epal, tomato, badam dan lain-lain.

Bagaimanapun, katanya resdung tidak berjangkit kepada orang lain melalui bersin serta tidak diwarisi daripada ayah atau ibu kepada anak. Tetapi, masalah alahan boleh diwarisi secara genetik dan membawa kepada resdung apabila ia tidak dirawat dengan betul.

Untuk mengatasi masalah alahan, amalkan petua berikut:

1) Elakkan membela binatang berbulu dalam rumah seperti kucing, arnab dan anjing.

2) Elakkan menggunakan kain selimut yang dibuat daripada bulu binatang, sebaliknya, gunakan selimut yang diperbuat daripada bahan-bahan sintetik (tiruan).

3) Elakkan menggunakan tilam dan bantal yang dibuat daripada bulu binatang. Selalu basuh sarung tilam/bantal dengan air panas untuk membunuh pijat/serangga dan membuang habuk sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

4) Gunakan pembersih hampa gas yang baik dan mempunyai penapis yang baik

5) Kurangkan penggunaan permaidani dan set sofa yang dibuat daripada barang-barang kain atau bulu.

6) Berhati-hari bagi pengguna katil di tingkat bawah kerana anda akan menyedut segala habuk dari tilam di atas.

7) Selalu basuh barang permainan yang lembut.

 Simpan pakaian di dalam almari yang tertutup.

9) Elakkan penggunaan tirai langsir yang berat dan banyak kain. Selalu cuci kalau menggunakan penapis nyamuk pada tingkap.

10) Gunakan kain yang lembap untuk mengelap barangan alat perkakas rumah.

11) Amalkan menggunakan penutup hidung semasa mengemas rumah/perabot.

12) Elakkan memakan makanan yang ada alah padanya.



--------------------------------------------------------------------------------


Penyakit Resdung
Alahan (Resdung atau *resah hidung*) ialah satu fenomena di mana seseorang menjadi alah (alergi) kepada pelbagai agen persekitaran. Debu, habuk atau biji-biji debunga, tumbuh-tumbuhan selalu dikaitkan dengan kejadian alahan ini.

Beberapa agen lain yang boleh menyebabkan alahan termasuk pelbagai jenis

1. bijirin,
2. bulu binatang serta beberapa bahan pelarut kimia.
3. Asap rokok,
4. habuk kapur tulis,
5. debu tanah dan udara yang tercemar merupakan beberapa agen yang boleh menyebabkan seseorang mengalami alahan.

Kita juga sering mendengar terdapat orang yang alah kepada beberapa jenis makanan dan ubat-ubatan. Ada pula individu yang menjadi alah kepada suhu yang terlalu sejuk. Andai mereka terdedah kepada keadaan yang sedemikian, gejala-gejala alahan akan timbul.

Tetapi tidak semua orang akan menjadi alah kepada agen-agen ini. Ia bergantung kepada individu itu sendiri. Terdapat individu yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi terhadap agen-agen tersebut. Bagi mereka yang hipersensitif (keadaan di mana daya ketahanan yang terlalu kurang) pendedahan kepada agen-agen ini boleh menimbulkan masalah lain seperti lelah atau asma. Ini kerana alahan dan asma boleh disebabkan oleh agen yang sama.

Lebih satu pertiga daripada pesakit yang mengalami alahan mempunyai kemungkinan yang besar untuk mengalami asma. Ada juga yang mewarisi ciri-ciri alahan ini daripada keluarga. Gejala atau tanda seseorang itu mengalami alahan akan timbul setelah beberapa minit membran mukus hidung terdedah kepada sesuatu agen. Keadaan ini akan memulakan satu tindakan antigen-antibodi dan keradangan.

Antara gejala-gejala yang kelihatan ialah:

1. hidung tersumbat dan berair,
2. gatal-gatal hidung dan bersin yang berulang.

Dalam keadaan alahan biasa, rembesan hidung yang pekat dan bernanah tidak mungkin berlaku kecuali terjadi jangkitan. Seseorang mungkin akan kehilangan deria bau dan rasa apabila hidung tersumbat berterusan.

Rawatan dan Pencegahan

Dalam kebanyakan kes alahan, langkah awal rawatan ialah dengan menjauhkan pesakit terhadap pendedahan berterusan kepada agen terbabit untuk menghalang tindak balas immunologi tubuh terhadap agen-agen tersebut.

Bagaimanapun, keadaan menjadi sukar sekiranya seseorang itu menjadi alah kepada lebih daripada satu agen kerana sebagaimana yang diketahui terdapat banyak agen yang terkandung di dalam persekitaran termasuk dalam makanan.

Rawatan perubatan yang digunakan dalam menangani masalah alahan ini lebih tertumpu kepada mengurangkan atau menghalang kesan-kesan tindak balas immunologi yang telah berlaku.

Dalam kes yang serius, tahap keupayaan pendedahan seseorang dapat dipertingkatkan dengan mendedahkan pesakit kepada agen-agen secara terapeutik.

Namun rawatan secara terapi-immuno ini bukanlah menjadi kemestian bagi setiap individu yang mengalami alahan.

Sekiranya seseorang itu mengalami gejala alahan yang ringan dan boleh dikawal dengan menggunakan ubat-ubat tertentu, rawatan secara terapi-immuno ini tidak dicadangkan.

Sebaliknya mereka yang mengalami gejala alahan yang teruk dan sukar dikawal, rawatan sebegini mungkin boleh dipertimbangkan.

Antihistamin

Selain daripada rawatan terapi-immuno, antihistamin adalah antara ubat berkesan untuk merawat dan melegakan gejala-gejala alahan ini. Ia merupakan agen-agen kimia yang bertindak dalam badan dengan menghalang tindakan histamin ke atas tapak-tapak reseptor. Dengan itu kesan yang mungkin disebabkan oleh tindakan histamin akan dapat dikurangkan.

Beberapa contoh ubat antihistamin ialah:

1. difenhidramin,
2. klorofeniramin,
3. bromfeniramin,
4. prometazin dan doksilamin.

Ubat-ubatan ini sering dicadangkan untuk digunakan dalam kes-kes

1. alahan,
2. selsema,
3. batuk dan
4. asma.

Walaupun antihistamin tidak dapat menghalang selsema secara khusus, ia banyak digunakan dalam persediaan ubat selsema kerana keupayaannya mengurangkan aliran mukus. Ini akan dapat melegakan hidung berair.

Beberapa kesan sampingan seperti tekanan terhadap sistem saraf pusat dan mengantuk, mungkin mendatangkan masalah apa lagi sekiranya ubat-ubat ini diambil melebihi dos yang dicadangkan. Bagaimanapun terdapat beberapa sediaan antihistamin yang mempunyai kurang kesan mengantuk.

Ubat-ubat antihistamin juga boleh menyebabkan

1. mulut terasa kering,
2. gangguan penglihatan dan
3. sembelit jika diambil pada dos yang tinggi.

Amnya, antihistamin mempunyai terapeutik indeks yang tinggi dan kesan sampingan jarang berlaku pada orang dewasa. Sebahagian pakar perubatan mendapati berlaku toleransi terhadap penggunaan antihistamin. Namun pesakit boleh bertukar kepada ubat antihistamin yang lain.

Pada dos yang dicadangkan, ubat-ubat yang mengandungi antihistamin adalah selamat untuk kanak-kanak. Kesan toksik ubat antihistamin pada kanak-kanak yang disebabkan oleh dos yang berlebihan adalah

1. rasa gembira,
2. pergerakan yang tidak teratur,
3. kejang otot,
4. sawan dengan pembesaran anak mata dan
5. merah kulit.

Pada masa yang sama kesan pengambilan alkohol dan ubat-ubata penindas sistem saraf pusat yang lain akan ditingkatkan oleh histamin. Oleh itu, sekiranya pengambilan ubat-ubat ini perlu diberikan secara serentak, perhatian harus diberikan terhadap kesan mengantuk yang berlebihan. Perkara ini adalah penting bagi mereka yang perlu memberi daya tumpuan yang tinggi dalam kerja seharian.

Terdapat juga ubat yang mengandungi antihistamin dan dekongestan. Penggunaan dekongestan dikatakan dapat melegakan halangan yang berlaku di kawasan nasal atau hidung. Pemberian agen ini boleh dilakukan secara oral ataupun lokal.

Beberapa ubat yang bertindak sebagai agen dekongestan ialah

1. efedrin,
2. fenilefrin dan
3. fenilpropanolamin.

Ubat-ubat seperti natrium kromolin dan kortikosteroid sering juga digunakan untuk merawat kejadian alahan. Tetapi, penggunaannya perlu mendapat pengawasan dan nasihat yang sewajarnya dari pakar-pakar perubatan!!!

Terdapat banyak produk di pasaran yang digunakan untuk merawat gejala yang timbul yang disebabkan oleh batuk, selsema dan alahan. Secara tidak langsung ini akan menggalakkan masyarakat mengamalkan kaedah swapengubatan untuk merawat penyakit yang mereka alami.

Walaupun terdapat beberapa jenis ubat yang boleh dikendalikan oleh pengguna sendiri, pengguna dinasihatkan agar mendapat maklumat yang betul sebelum menggunakan sesuatu ubat! 

Friday 15 July 2011

Kelebihan ayat Kursi

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."
Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"

Sabda Rasulullah s.a.w., " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."
Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah s.w.t. dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Quran, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.
 
Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah s.a.w. menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala. Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Quran, hadis Rasulullah s.a.w. dan sunnah Baginda s.a.w. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan laknatullah.

Wednesday 13 July 2011

Dokumentari Puaka Istana Billah

17 April 2011 : Kosmo


PENUNGGU Istana akan menemui penonton di pawagam, 21 April ini.

GENRE seram barangkali satu alternatif terbaik untuk memancing penonton ke pawagam. Bukan sebagai jalan pintas tetapi genre seram merupakan satu percaturan yang bijak. Adaptasikan sahaja genre itu dalam genre komedi, pasti ia menjadi naskhah komedi seram. Adunan elemen sama dalam genre drama mahupun suspen pasti menjadikan ia suspen seram atau drama suspen. Hasilnya, sebusuk manapun filem genre seram atau hantu itu, ia pasti mencuit perasaan penonton.
Selepas filem-filem seram seperti Ngangkung, Khurafat, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Di Larang Masuk dan Senjakala, sinema tempatan tahun ini akan menemukan penontonnya kepada sebuah lagi filem seram yang sedikit lari daripada genre semasa.
Penunggu Istana disebut-sebut sebagai filem seram paranormal pertama di Malaysia, ia bukanlah filem pertama yang diterbitkan Primeworks Studios yang pernah bekerjasama dengan Skop Productions menerusi Khurafat arahan Syamsul Yusof. Berbeza dengan filem seram lain, Penunggu Istana dihasilkan berdasarkan penemuan sebuah pita rakaman yang mengandungi kejadian paranormal di sebuah rumah tinggalan yang dikenali sebagai Istana Billah.
Boleh dikategorikan sebagai filem dokumentari, Penunggu Istana memaparkan kisah benar pencarian kumpulan paranormal The Seekers Team yang menjejaki misteri istana tua yang terbiar di Perak, Istana Billah. Pada Februari 2009, krew sebuah produksi televisyen yang menjalani penggambaran untuk siri drama Warkah Terakhir mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dahsyat di istana itu. Rentetan itu, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenar.
Bekerjasama dengan pengarah drama Warkah Terakhir, Wan Hasliza, mereka bermalam di istana berkenaan selama tujuh malam berturut-turut. Kumpulan itu akhirnya menyedari bahawa mereka tidak bersendirian bahkan ditemani oleh penunggu sejak hari pertama tiba. Aktiviti paranormal yang berlaku di Istana Billah bukan saja menjadi buah mulut orang kampung tetapi turut diakui sendiri oleh kru Warkah Terakhir yang pernah menjalani penggambaran di sana sebelum ini.
SEPASUKAN pelajar (dari kiri belakang) Sara Ali, Nadzirah Ahmad Nadzri, Mustaqim Mohamed Zaki manakala barisan depan dari kanan, Nor Zafirah Abd. Rahim dan Amar Asyraf.

Misteri Istana berpuaka berusia lebih 100 tahun itu akan dikongsikan dengan penonton Malaysia mulai 21 April ini. Pengurus Besar Filem dan Drama Primeworks Studios, Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata, Penunggu Istana memaparkan rangkuman rakaman video yang dirakamkan lima pelajar dengan bantuan ahli kumpulan pencari aktiviti paranormal, Seekers.
Ditayangkan selama 90 minit, filem ini adalah cantuman daripada pita rakaman terakhir yang membuat kajian aktiviti paranormal di istana itu. Kajian lima pelajar itu akan dipaparkan sebagai sebuah dokumentari berdasarkan jurnal video yang diperoleh mereka sendiri. Cantuman rakaman sepanjang 15 hari itulah yang difilemkan bagi mencari jawapan terhadap kejadian yang mengerikan.
Filem itu turut mendapat kerjasama daripada pengarah Warkah Terakhir, Wan Hasliza. Selama tujuh hari mereka bermalam di istana itu, segala bukti kewujudan makhluk ghaib dan tragedi yang berlaku sepanjang penyiasatan itu dirakamkan sendiri oleh mereka. Individu yang lemah semangat atau mudah terkejut, berfikirlah dahulu sebelum menonton filem berkenaan kerana ia bukan rekaan semata-mata.

Sunday 3 July 2011

Janda yang dahaga


Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami….
Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya.
Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik. Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan kerana pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya…
Walaupun…. hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam … Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu…
Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi, beliau bangun dari katilnya,badannya terasa panas,tekaknya terasa haus.  Beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur,sampai di dapur,beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk.  Beliau tuang ke dalam cawan dan meminumya.  Setelah meminum air tersebut,beliau kembali kedalam bilik dan tidur semula…
Sekian terima kasih, itulah kisah seorang janda yang dahaga.
Wah, sepenuh hati korang mambaca nyer.
Ha…haa…haaa….