Animated Dragonica Star Glove Pointer

Saturday 10 December 2011

Antara Ujian, Dosa dan Keampunan Tuhan



Ya Allah, ampunkan segala dosa hambaMu ini.  Sesungguhnya hambaMu ini jahil atas  segala perbuatan dosa yang pernah dilakukan dahulu. Hati merintih tatkala melafaz doa memohon keampunan daripada Tuhan. Sayu
dan menyesal mengenangkan dosa-dosa silam yang pernah dilakukan oleh hamba yang telah insaf.  Allah Maha Pengampun.  Walau sebanyak mana pun dosa yang dilakukan oleh hamba-hambaNya, dengan rahmat dan sifat
PenyayangNya, Dia akan mengampunkan. Sebagai hamba, hanya taubat
dapat menghapus segala dosa.


Ujian Tuhan datang dengan pelbagai cara.  Tidak kira sama ada kita diuji dengan keseronokan atau dengan kesedihan. Sebagai hamba yang beriman, doa adalah senjata.  Allah juga tidak akan menguji hambanya
dengan beban yang sangat berat sehingga tidak mampu ditanggung. Itulah janji Allah dalam Al-Quran,(maksudnya): “ Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia
mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa):”Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankankan kepada
kami apa yang tak sanggup kami menanggungnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami… (Surah Al-Baqarah :286).


Setiap ujian itu ada sebabnya.  Allah sentiasa menguji hamba-hambaNya untuk meningkatkan keimanan dalam diri.  Allah tidak hanya membiarkan hamba-hambaNya dibiarkan selesa dengan mendakwa mereka telah beriman
sedangkan ujian belum ditimpa kepada mereka.  Firman Allah (maksudnya):  “Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami beriman,” dan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang yang benar dan pasti mengetahui tentang orang yang berdusta.” (Surah al-’Ankabut, ayat 2-3).


Naluri hamba kepada Tuhannya.  Tatkala dihimpit dengan kesempitan hidup, terbeban dengan segala masalah,sakit walau sedikit, mengalami kesukaran, panik dengan perkara yang mencemaskan, secara fitrahnya
fikirannya akan ingat kepada Tuhan. Hamba,  tidak mempunyai sebarang kekuatan pun melainkan hanya Allah yang memberi segala keupayaan.


Hanya dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang.  Hal inilah yang difirmankan dalam kalamNya yang mulia iaitu Al-Quran (maksudnya ) “Orang  yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati
menjadi tenteram. (Surah al-Ra`d:28)


Alangkah indah hidup mendapat kasih sayang dan reda Allah.  Mendapat ketenangan hanya mengingati Allah.  Dapat menyelesaikan masalah dengan pertolongan Allah.  Tatkala terjatuh, nama Allah yang disebut.  Ketika
sakit, bergantung penuh kepada Allah untuk menyembuhkan.  Kehidupan ditempuh  dengan mengharapkan rahmat daripada Allah.  Segala-galanya tidak putus daripada tali Allah yang dihulurkan kepada setiap hamba
yang senantiasa patuh dan tunduk dengan perintahNya.  Sebagai hamba yang taat, tidak mungkin dia terlupa dengan doa dan ikrar yang dilafazkan setiap kali solat .(maksudnya)  “Kepada Engkau kami sembah
dan kepada Engkau jua kami memohon pertolongan.Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.  Jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka dan bukan (jalan) yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang
sesat”. (Surah Al-Fatihah : 5-7)


Kesilapan, dosa, kelemahan dan ketidaksempurnaan akan sentiasa membelenggu setiap hamba. Ditambah pula dengan godaan syaitan dan nafsu yang sentiasa mengajak melakukan dosa, maka hamba yang lemah akan hanyut.  Namun, sebaik-baik hamba, hamba yang bertaubat atas segala dosa seperti sabda Rasulullah (maksudnya) :“Semua anak Adam itu melakukan kesalahan. Sebaik-baik pelaku kesalahan itu ialah mereka
yang bertaubat” (Riwayat Ahmad, al-Tirmizi dan Ibn Majah)


Sebagai manusia kita tidak sunyi daripada melakukan dosa.  Namun yang pentingnya ialah menyesal dengan segala kesilapan yang pernah dilakukan,tinggalkan segala perbuatan dosa tersebut dan berazam tidak
mengulanginya lagi.  Mohon ampunlah kepada Tuhan.Semoga Allah mengampunkan.


Saat lidah melafaz ampun, hati merintih pilu dan jiwa yang tulus memohon kemaafan Tuhan, maka air mata berlinangan tanda penyesalan yang teramat sangat seiring perasaan takut akan penyeksaan daripada Allah akibat dosa jika tidak diampunkan.  Mudah-mudahan air mata ini yang memadamkan api neraka yang mahu membakar diri.


(Istighfar) : ASTAGHFIRULLAHAL\'AZIM, ALLAZI LA ILA HA ILLA HUAL HAYYUL QAYYUMU WA ATU BU ILAIH.(maksudnya):\"Aku memohon ampun kepada Allah Maha Besar, yang tidak ada Tuhan selain DIA, yang hidup dan
selalu jaga, dan aku bertaubat padaMU\".

Friday 9 September 2011

Kenali Diri ku..

Assalamualaikum w.b.t..
Da lama gak la aku x update status, tak tau nak ceta ape..hahaha..mungkin sesetengah orang yg susah nak memahami aku, orang yg rapat dengan aku je yang faham perangai aku sebenarnya..

Aku memang seorang yg pendiam, kat rumah pun aku pendiam..korang nak tau sebenarnya orang pendiam ni seorang yg kelakar sebenarnya..aku kelakar ke?? kadang2 la kot ikut mood aku...orang yg baru kenal aku mesti dieorang ingat aku pendiam, lemah-lembut, baik je..memang aku baik pun..haha..dieorang tak kenal lagi aku sape..xpe..da lama2 kenal baru dieorang tau aku sape..


Bila da lama2 kenal aku takde la pendiam sangat, aku bukanlah seorang yg lemah-lembut seperti org sangka..aku sejak kecik memang lasak dan ganas..sebab2 aku suka bersilat dan sukan lasak.. :)
aku memang baik tapi nakal sikit la..hehehe..suka sakat org memang hobi aku.. :)


Aku memang seorang yg tak boleh diramal..sekejap aku macam2..sekejap aku macam ni..haha..sampai kawan aku pun pelik tetiba aku jadi sopan sangat..hehehe..memang betul la kata dr.fadzillah kamsah sape yg lahir bulan ogos memang perangai mcm2..perangai selalu berubah2 mengikut persekitaran..patut la kawan aku panggil aku "universal punyer orang"..bleh masuk dengan sape sahaja tak kira umur pun..bila b'kawan dgn budak2 btul2 perangai aku macam budak2, bila dgn orang tua btul2 mcm orang tua..bercerita pasal anak, keluarga laa..hehehe..


Aku rasa aku tersilap amik kos la..kwn aku kata aku lebih sesuai amik kos politik sebab asyik nak membangkang je..selalu nak menang, tetap nak pertahankan apa yg dikatakan walaupun kadang2 ada gak yg salah..hahaha..tapi sebenarnya aku anti-politik..sori la ye kepada yg suka politik.. :)
Untuk pengetahuan semua aku seorang yang kidal..ye!! aku bangga jadi kidal..sebab orang yg kidal bijak dan selalu jadi pemimpin..orang yg kidal sukakan seni..aku memang suka giler seni sampai aku dapat tawaran kos seni bhgn penulisan skrip kot tp parents aku tak bagi..hmm..nak wat mcm mane..ikut jelah... :(


Ramai yg kata aku seorang yg ganjil, pelik, unik...mcm2 la..ada yg kata aku tak macam pompuan lain..jarang dieorang jumpa..hahaha..memang susah nak jumpa pompuan macam aku ni.. :P ... Untuk pengetahuan korang aku seorang yg suka berfikir sampai aku rasa otak aku 24jam run je, sebab tu aku selalu bermimpi..tak penah tido aku takde mimpi..Kadang2 aku suka bersendirian bukanlah takde kawan tapi aku suka jalan sorang2, aku suka tengok gelagat manusia dan aku suka perhatikan orang..dari gerak-geri seseorang tu aku bleh baca perangai die macam mane..hehehe..

Ape lagi nak cerita ye..zzzz...da ngantuk la..jom gi tido...zzzz...nite u olls...wassalam.. :)

Sunday 14 August 2011

Bestnya raya...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Brape minggu je lagi hari raya akan tiba tapi baju raya aku blum beli lagi, ape la plak tema baju raya tahun ni ye.. Ape yang pasti aku suka kaler biru tapi sebelum keluar nak beli baju raya mesti mak aku dah pesan awal-awal jgn beli baju raya kaler biru..hmm...sedih nya.. :(


Tapi aku bukan lah nak cerita pasal baju raya..Sedang aku online tetiba aku teringat raya time kecik2 dulu..Best nya raya time kecik2 dulu kan....paling best mesti la dapat duit raya..Time kecik2 dulu aku selalu je ikut abang aku gi beraya..kalo x bawak aku merengek menangis..


Time kecik2 aku suka beraya umah org kat Taman Ibu Kota atau Danau Kota...sbb area kat situ ramai org kaya tinggal situ..dapat duit raya pun masyukk...time tu aku suka lawan dgn abang aku sape paling banyak dapat duit raya..

Time kecik2 aku suka main mercun terutamanya mercun bola..bunyi paling kuat tu...kadang2 aku suka main mercun mancis je..bunga api main jugak walaupun x adventure...huhu..teringin rasanya nak main meriam buluh tapi nak wat mcm mane aku tinggal area bandar..kang kena tangkap polis plak..

Bagi aku raya paling meriah time kecik2 dulu sebab dulu kami adik beradik saling m'bantu mak m'buat kuih raya..mak buatkan baju raya..tolong bersihkan rumah sama2, cat rumah, tukar langsir n seangkatannya..setiap orang ada tugasan masing2..

Tapi Raya Sekarang..meriah ke???  


Bagi aku raya sekarang biasa je..aku da bosan raya kat KL..sekarang takde masa dah nak buat kuih raya..beli je ape yg nak..sekarang takde masa dah nak bersihkan rumah sebab masing2 sibuk..tugas tukar langsir aku je yang buat tiap2 tahun sebab aku kecik ringan panjat memanjat ni...mak aku da takde masa nak buatkan baju raya...suruh aku beli je baju raya..hmmm...nasib la kan...


Setiap kali raya aku dgn mak aku takkan lupa menziarahi kubur arwah abang aku..memang tugas aku pun membersihkan kuburnya..hmmm...ape lagi nak cerita..tu jelah nak cerita...time nak berbuka puasa sekarang ni..
bye...wassalam... selamat berbuka puasa... :)

Monday 8 August 2011

Misteri Rakan Sebilik

Minggu suai kenal baru sahaja berakhir. Rata-rata pelajar yang mengikuti program itu cukup berpuas hati dengan aktiviti yang disediakan. Biarpun sedikit penat namun kepuasan jelas terpancar di wajah setiap peserta kerana berpeluang mengenali dengan lebih dekat antara satu sama lain.

Kemeriahan pagi itu turut dirasai oleh Quratul serta tiga rakannya. Biarpun baru dua minggu di Institusi Pengajian Awam (IPTA) itu namun kemesraan seperti sudah lama terjalin antara mereka sekalipun berada di fakulti yang berbeza. 

Nasib Quratul sedikit baik kerana diberi bilik yang memuatkan dua penghuni sahaja sedangkan tiga rakannya terpaksa tinggal di bilik yang menempatkan empat penghuni. Malam itu Quratul meneruskan rutin hariannya dengan mengemas buku sekali gus memastikan segala tugasan yang diberikan pensyarah telah disiapkan sepenuhnya. Sekali-sekala matanya melirik tajam ke arah jam di dinding yang berdenting selama 12 kali.

"Hai, dah pukul 12 pun tak balik-balik lagi minah sorang ni. Orang lain pun study jugak tapi tak la macam dia ni, sikit punya susah nak jumpa. Agaknya kalau aku berlaga bahu dengan dia, confirm tak perasan punya sebab muka dia pun aku tak tahu macam mana, harap nama aje yang aku tahu," gumam Quratul di dalam hati.

Keheningan suasana malam makin dirasai. Mata Quratul bertambah layu, penat dan minta untuk direhatkan. Dia kemudiannya berlalu perlahan-lahan ke katil untuk melunaskan permintaan mata. Dua jam kemudian, Quratul sedikit tersentak dengan bunyi kuakan pintu dan dalam kesamaran malam itu, dia ternampak sesusuk tubuh seorang wanita sambil menjinjit beberapa buah buku. 

"Apasal balik lambat sangat? Kau pergi mana tadi, penat aku tunggu," sapa Quratul dengan mata yang terpejam. "Aku ada group discussion la sebab esok En. Amran nak buat test. Sorry ya sebab tak inform kau awal-awal," jawab Mira dengan nada yang bersahaja.

Perlakuan Mira dari sehari ke sehari menimbulkan pelbagai persoalan di hati Quratul. Manakan tidak, dia hanya berpeluang berbicara sekali-sekala pada waktu malam sahaja, itu pun apabila dia 'dikejutkan' oleh kepulangan Mira dari mengulang kaji pelajaran atau berjumpa teman-temannya. Hampir satu semester  Mira menjadi roomate Quratul namun tidak sekalipun dia mengenali wajah temannya itu. Timbul keinginan di hati Quratul untuk menyelidik latar belakang temannya dari warden asrama.


"Puan Zaharah, boleh saya tahu siapa roomate saya? Dah nak dekat satu semester dengan dia tapi latar belakang atau wajah dia pun saya tak tau. Rasa misteri sangat sebab dia hanya berbual dengan saya pada waktu malam aje, siang memang tak sempat sebab dia pergi kuliah awal," ujar Quratul dengan panjang lebar.

Tidak lama kemudian Puan Zaharah mengemukakan  jawapan yang cukup memeranjatkan. Katanya selama ini Quratul tidak mempunyai roomate dan dia sebenarnya tinggal seorang diri di bilik itu. Selain itu tiada rekod yang menjelaskan bahawa Mira pernah didaftarkan untuk menginap bersamanya sejak dari awal semester lagi.

Quratul terpaku dengan jawapan yang diberikan. Dia segera menceritakan perkara itu kepada tiga rakan karibnya. Salah seorang dari mereka menjelaskan bahawa peristiwa yang dialami Quratul ada hubung kaitnya dengan kejadian yang berlaku sepuluh tahun lalu di laut berdekatan asrama itu.

Berdasarkan kisah yang didengarnya, ada sepasang kekasih mati lemas di laut berkenaan kerana air pasang. Hanya mayat lelaki yang ditemui manakala pasangannya tidak dapat dikesan. Dipercayai juga wanita itu pernah tinggal di bilik Quratul dan mungkin kerana itu 'dia' masih lagi ada di situ dan menganggap dirinya sebagai salah seorang pelajar di IPTA ini...

TAMAT..... :) 

Thursday 21 July 2011

Mata ku nampak hantu...

Mata ku nampak hantu...hahaha...tajuk macam dalam movie plak kan...
Bosan la plak asyik ceta hantu dari orang lain je...kali ni aku nak ceta pasal diri aku plak...ceta benar tau bukan rekaan semata-mata...

Aku tau hanya segelintir manusia je yang boleh nampak hantu / jin / syaitan ni...aku penah melihat hantu waktu aku kecik je...tapi perkara yang aku tak boleh lupa sampai sekarang ni ialah wajah hantu / jin / syaitan tu sendiri..sungguh mengerunkan..huhuhu...

CERITA 1

Ceritanya begini...time tu umur aku 7 or 8 tahun kot...
Pada waktu malam sekitar pukul 2 or 3 pagi aku terjaga dari tidur..aku terdengar jirusan air di bilik air. Aku melihat di sebelah ku mak ku tiada, mungkin mak aku pegi bilik air kot...


Tiba-tiba aku ternampak 'benda' yang keluar dari bawah katil..aku jadi kaku seketika...rupanya sungguh menyeramkan...warna badan dia hijau, tinggi. ada 2 tanduk dan paling menakutkan aku dia tersenyum kat aku..aku ape lagi lari langkah seribu laa...dan paling aku tak sangka hantu / jin kejar aku dari belakang..time tu aku menangis sambil berlari...huhuhu...takot sangat...

Aku berlari ke arah bilik air..aku tau mak aku ada kat situ..aku segera memeluk mak ku dan mak aku hairan tengok aku bangun pagi-pagi buta sambil menangis. "Adeq, nape menangis?, " tanya mak ku. Aku perasan hantu / jin tu menghilangkan diri di bawah sinki dapur. Sambil menangis aku menjawab "hantu kejar adeq mak...," kata ku...


Mak aku segera mendukung ku ke tempat tidur semula...setelah itu aku boleh tidur nyenyak...hehehe...

CERITA 2

Pada waktu pagi yang indah..chewah...takde la indah sangat pun..aku bangun pagi time tu nak dekat pukul 7 pagi kot...aku da biasa bangun pagi walaupun time tu aku sekolah petang..time tu aku sekolah rendah lagi tak ingat darjah brape...mak aku turut bersama membantu ku mengemas katil..

Tiba-tiba aku ternampak satu lembaga tinggi dan besar lalu di ruang tamu..aku nampak menerusi langsir bilik itu..langsir bilik ku warna putih dan jarang, so boleh la nampak menerusi langsir...lembaga itu tinggi sampai ke siling rumah ku..pergerakan nya macam slow motion je...time tu aku hendak memanggil mak ku lihat sekali tapi kelu lidah la plak..so, aku hanya mapu mencuit mak ku dan aku menunjukkan jari ku ke arah lembaga itu. Mak aku pun terdiam seketika melihat lembaga itu berlalu menghilangkan diri di pintu agak nya..itu sahaja...sekian...hehehe...


CERITA 3
Dah banyak kali aku kena tindih dengan makhluk halus ni...sampai lah sekarang...kadang-kadang makhluk halus ni tindih aku sampai aku sukar nak bernafas...aku tak boleh tidur sorang diri dalam keadaan gelap..mesti 'benda' tu kacau aku...sebab itu sampai sekarang aku takut tidur sorang diri dalam keadaan gelap...sejak kecik lagi aku selalu di ganggu makhluk halus ni sampai aku jadi penakut...aku memang takut gelap..kalau nak tidur tutup lampu memang boleh tapi dengan syarat ada teman dalam bilik tu..kalau tidur sorang2 aku biarkan lampu terbuka je sampai la subuh..mak aku pun da faham dengan perangai aku ni..jangan la sesekali tutup lampu walaupun aku tengah tidur..'benda' tu akan kacau aku tindih aku dan 'benda' tu juga pernah menjelmakan diri di luar tingkap bilik ku...kali ni tak nampak wajah tapi nampak lembaga hitam pakai topi berdiri di luar tingkap bilik ku...kalau orang x mungkin la kan..rumah aku tu tingkat 1..so, banyak la juga aku pernah nampak hantu ni...huhuhu...


ok la..aku da penat bercerita...sekian... :)


p/s : Jangan tutup lampu !!!!!





Wednesday 20 July 2011

Siapa yang Menegur tadi??

Ari ni aku nak share dgn korg ceta hantu yg aku baca from buku cerita seram...kisahnya begini...


Hari sudah semakin larut. Hasni dan Azuin masih lagi tekun mengulang kaji pelajaran di fakulti. Pada minggu peperiksaan begini, memang ramai pelajar yang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. Jarang sekali fakulti dipenuhi pelajar untuk mengulang kaji, apatah lagi pada waktu malam begini.


Keadaan sunyi dan tenang memudahkan mereka menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran. Khusyuk menelaah pelajaran, tidak sedar jarum jam menunjukkan hampir 12.00 tengah malam. Ikutkan hati mahu sahaja mereka balik ke kolej dan menyambung ulang kaji di bilik. Takut pula bila memikirkan waktu-waktu begini banyak 'benda-benda' yang suka menganggu.


Tapi, Hasni dan Azuin tetap kuatkan semangat kerana peperiksaan pertama akan bermula awal pagi esok. Tiba-tiba, Hasni bangun dan menganjak Azuin menemaninya ke tandas.
"Hisy, sejuk sangatlah. Nak terkuncil pulak. Azuin, temankan aku ke tandas sekejap,"kata Hasni apabila sudah tidak tahan lagi mahu terkuncil.


"Ala, malaslah. Banyak yang aku belum cover lagi. Aku takut tak sempat aje nak habiskan semua. Taubat, lain kali aku tak nak study last minute macam ni," balas Azuin walaupun di hatinya terselit rasa takut ditinggalkan sendirian di dalam kelas tengah-tengah malam begini.
"Tak apalah kalau kau tak nak ikut. Tolong tengok-tengokkan barang aku ni," kata Hasni kecewa sambil berlalu.


Tidak sampai lima minit Hasni keluar, tiba-tiba kedengaran pintu dibuka. Hasni masuk sambil menundukkan muka dan duduk menyambung ulang kajinya yang terhenti tadi. Azuin hanya mendiamkan diri. Pasti Hasni merajuk sampaikan tidak mahu memandangnya.

Sementara itu, Hasni yang berada di tandas, masih lagi berdiri menghadap cermin. Baru sahaja disarungkan tudung yang dibuka sebentar tadi untuk membetulkan anak-anak rambut yang terkeluar, dia terdengar pintu ditolak dengan kasar dari sebelah luar.


"Aik, tadi aku ajak tak nak ikut. Tengok sekarang kau pulak yang kelam-kabut. Dah habis study ke?"perli Hasni pada Azuin yang melulu masuk ke tandas tadi.
"Kesian kat kau tak ada orang temankan. Kawan kau dah ada orang temankan,"balas Azuin sambil tersenyum sinis  padanya.
Pelik, kenapa suara Azuin lain macam aje. Kalau tak salah, muka dia nampak pucat sikit. Takkan sampai pucat muka tahan sakit perut kot, seloroh Hasni di dalam hati. Tersenyum-senyum dia sendirian di hadapan cermin mengingati wajah Azuin.
"Oi, Awin. Apa kau buat kat dalam tu. Lamanya. Tu la, aku ajak tadi kau tak nak ikut. Aku masuk dululah ya," laung Hasni bila sudah agak lama menunggu Azuin. Penat kakinya berdiri. 

Sebaik sahaja pintu dibuka, Hasni terkejut melihat Azuin yang masih lagi di dalam kelas. "Bila masa kau masuk kelas. Tadi, bukan ke kau ada lagi kat dalam tandas dengan aku?" tanya Hasni.


"Aik, yang kau tu, bila masa kau keluar. Tadi kau ada aje...Ha... Ha... Hasni, kau terfikir tak apa yang aku fikir?" tanya Azuin tergagap-gagap.
"Aah. Aku rasa dah cukuplah apa yang kita study tadi. Aku dah penatlah," ujar Hasni yang juga menyedari mereka sedang 'dipermainkan' di situ.

Terkocoh-kocoh, kedua-duanya mengemas barang-barang dan berjalan secepat mungkin meninggalkan kelas.
"Hai, takkan nak balik dah kot. Temankanlah kami. Tak ada siapa nak temankan kami. Jomlah kita main dulu." Terdengar suara-suara 'makhluk' menegur mereka sambil ketawa nyaring.
Apa lagi, mendengar sahaja suara-suara yang bercakap dengan mereka tanpa melihat sesiapa di situ, kedua-duanya mengangkat langkah seribu. Tak peduli lagi dengan beberapa alat tulis yang terjatuh akibat terlalu takut dengan gangguan begitu.

TAMAT.... 

Tuesday 19 July 2011

Penyakit Sinus / Resdung

ADAKAH hidung anda sering gatal-gatal, kerap bersin, berhingus dan berkahak terutama pada waktu pagi serta mata sering berair? Jika ya, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan rapi kerana anda mungkin menghadapi masalah resdung atau sinusitis. Walaupun ia boleh dirawat, pengesanan penyakit pada peringkat awal akan memudahkan lagi proses pengubatan. Lagipun, resdung pada peringkat parah bukan sahaja memerlukan pembedahan, malah ia mungkin membawa kepada penyakit lain yang lebih serius seperti barah. 


Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Dr. Isa Rejab berkata, masalah resdung berpunca daripada alahan terhadap habuk, kutu dan pijat atau makanan tertentu. Katanya, kegagalan merawat alahan itu akan membawa kepada gejala resdung dan penyakit-penyakit yang lebih merbahaya di dalam rongga sinus. Resdung bukan penyakit tetapi gejala penyakit yang mesti diselidiki dengan tepat untuk mengetahui penyebab bagi rawatan yang sepatutnya.

Berdasarkan ujian ke atas daging yang dikeluarkan daripada rongga sinus beberapa pesakit resdung, ada yang disahkan penyakit TB, kanser, kulat, virus dan bakteria,''katanya semasa menyampaikan ceramah di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Menurut beliau, apabila seseorang mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak. Katanya, daging atau dinding luar dan dalam hidung yang bengkak akan menyebabkan pergerakan udara serta pengeluaran cecair tidak berlaku secara normal. Malah, jangkitan resdung boleh merebak ke bahagian otak dan mata yang akhirnya menyebabkan seseorang menjadi buta.

Untuk mengesan pesakit resdung, kaedah endoskopi digunakan yang mana tiub kecil dan sumber cahaya akan dimasukkan ke dalam lubang hidung sehingga ke rongga sinus. Ia membolehkan pemeriksaan yang lebih teliti dijalankan bagi mengetahui apa sebenarnya yang terdapat di dalam rongga sehingga membawa kepada gejala resdung. Jika hingus di dalam ruang sinus sudah menjadi pekat dan basi, tiub akan dimasukkan untuk mencuci dan menyedutnya keluar. Pada peringkat yang lebih serius, pembedahan kecil terpaksa dilakukan yang mana bibir atas di potong untuk keluarkan daging yang tersumbat di dalam sinus,'' katanya.

Tambah Dr. Isa, bahan yang dikeluarkan daripada ruang sinus akan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan lanjut. Sementara itu, kata Dr. Isa, sebanyak 90 peratus daripada alahan ini pula disebabkan apa yang ada di rumah seperti di bawah selimut, bantal, tilam dan binatang peliharaan. Di samping itu, katanya, sesetengah orang pula alah pada bedak herba, ubat-ubatan, buah-buahan seperti nanas, epal, tomato, badam dan lain-lain.

Bagaimanapun, katanya resdung tidak berjangkit kepada orang lain melalui bersin serta tidak diwarisi daripada ayah atau ibu kepada anak. Tetapi, masalah alahan boleh diwarisi secara genetik dan membawa kepada resdung apabila ia tidak dirawat dengan betul.

Untuk mengatasi masalah alahan, amalkan petua berikut:

1) Elakkan membela binatang berbulu dalam rumah seperti kucing, arnab dan anjing.

2) Elakkan menggunakan kain selimut yang dibuat daripada bulu binatang, sebaliknya, gunakan selimut yang diperbuat daripada bahan-bahan sintetik (tiruan).

3) Elakkan menggunakan tilam dan bantal yang dibuat daripada bulu binatang. Selalu basuh sarung tilam/bantal dengan air panas untuk membunuh pijat/serangga dan membuang habuk sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

4) Gunakan pembersih hampa gas yang baik dan mempunyai penapis yang baik

5) Kurangkan penggunaan permaidani dan set sofa yang dibuat daripada barang-barang kain atau bulu.

6) Berhati-hari bagi pengguna katil di tingkat bawah kerana anda akan menyedut segala habuk dari tilam di atas.

7) Selalu basuh barang permainan yang lembut.

 Simpan pakaian di dalam almari yang tertutup.

9) Elakkan penggunaan tirai langsir yang berat dan banyak kain. Selalu cuci kalau menggunakan penapis nyamuk pada tingkap.

10) Gunakan kain yang lembap untuk mengelap barangan alat perkakas rumah.

11) Amalkan menggunakan penutup hidung semasa mengemas rumah/perabot.

12) Elakkan memakan makanan yang ada alah padanya.



--------------------------------------------------------------------------------


Penyakit Resdung
Alahan (Resdung atau *resah hidung*) ialah satu fenomena di mana seseorang menjadi alah (alergi) kepada pelbagai agen persekitaran. Debu, habuk atau biji-biji debunga, tumbuh-tumbuhan selalu dikaitkan dengan kejadian alahan ini.

Beberapa agen lain yang boleh menyebabkan alahan termasuk pelbagai jenis

1. bijirin,
2. bulu binatang serta beberapa bahan pelarut kimia.
3. Asap rokok,
4. habuk kapur tulis,
5. debu tanah dan udara yang tercemar merupakan beberapa agen yang boleh menyebabkan seseorang mengalami alahan.

Kita juga sering mendengar terdapat orang yang alah kepada beberapa jenis makanan dan ubat-ubatan. Ada pula individu yang menjadi alah kepada suhu yang terlalu sejuk. Andai mereka terdedah kepada keadaan yang sedemikian, gejala-gejala alahan akan timbul.

Tetapi tidak semua orang akan menjadi alah kepada agen-agen ini. Ia bergantung kepada individu itu sendiri. Terdapat individu yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi terhadap agen-agen tersebut. Bagi mereka yang hipersensitif (keadaan di mana daya ketahanan yang terlalu kurang) pendedahan kepada agen-agen ini boleh menimbulkan masalah lain seperti lelah atau asma. Ini kerana alahan dan asma boleh disebabkan oleh agen yang sama.

Lebih satu pertiga daripada pesakit yang mengalami alahan mempunyai kemungkinan yang besar untuk mengalami asma. Ada juga yang mewarisi ciri-ciri alahan ini daripada keluarga. Gejala atau tanda seseorang itu mengalami alahan akan timbul setelah beberapa minit membran mukus hidung terdedah kepada sesuatu agen. Keadaan ini akan memulakan satu tindakan antigen-antibodi dan keradangan.

Antara gejala-gejala yang kelihatan ialah:

1. hidung tersumbat dan berair,
2. gatal-gatal hidung dan bersin yang berulang.

Dalam keadaan alahan biasa, rembesan hidung yang pekat dan bernanah tidak mungkin berlaku kecuali terjadi jangkitan. Seseorang mungkin akan kehilangan deria bau dan rasa apabila hidung tersumbat berterusan.

Rawatan dan Pencegahan

Dalam kebanyakan kes alahan, langkah awal rawatan ialah dengan menjauhkan pesakit terhadap pendedahan berterusan kepada agen terbabit untuk menghalang tindak balas immunologi tubuh terhadap agen-agen tersebut.

Bagaimanapun, keadaan menjadi sukar sekiranya seseorang itu menjadi alah kepada lebih daripada satu agen kerana sebagaimana yang diketahui terdapat banyak agen yang terkandung di dalam persekitaran termasuk dalam makanan.

Rawatan perubatan yang digunakan dalam menangani masalah alahan ini lebih tertumpu kepada mengurangkan atau menghalang kesan-kesan tindak balas immunologi yang telah berlaku.

Dalam kes yang serius, tahap keupayaan pendedahan seseorang dapat dipertingkatkan dengan mendedahkan pesakit kepada agen-agen secara terapeutik.

Namun rawatan secara terapi-immuno ini bukanlah menjadi kemestian bagi setiap individu yang mengalami alahan.

Sekiranya seseorang itu mengalami gejala alahan yang ringan dan boleh dikawal dengan menggunakan ubat-ubat tertentu, rawatan secara terapi-immuno ini tidak dicadangkan.

Sebaliknya mereka yang mengalami gejala alahan yang teruk dan sukar dikawal, rawatan sebegini mungkin boleh dipertimbangkan.

Antihistamin

Selain daripada rawatan terapi-immuno, antihistamin adalah antara ubat berkesan untuk merawat dan melegakan gejala-gejala alahan ini. Ia merupakan agen-agen kimia yang bertindak dalam badan dengan menghalang tindakan histamin ke atas tapak-tapak reseptor. Dengan itu kesan yang mungkin disebabkan oleh tindakan histamin akan dapat dikurangkan.

Beberapa contoh ubat antihistamin ialah:

1. difenhidramin,
2. klorofeniramin,
3. bromfeniramin,
4. prometazin dan doksilamin.

Ubat-ubatan ini sering dicadangkan untuk digunakan dalam kes-kes

1. alahan,
2. selsema,
3. batuk dan
4. asma.

Walaupun antihistamin tidak dapat menghalang selsema secara khusus, ia banyak digunakan dalam persediaan ubat selsema kerana keupayaannya mengurangkan aliran mukus. Ini akan dapat melegakan hidung berair.

Beberapa kesan sampingan seperti tekanan terhadap sistem saraf pusat dan mengantuk, mungkin mendatangkan masalah apa lagi sekiranya ubat-ubat ini diambil melebihi dos yang dicadangkan. Bagaimanapun terdapat beberapa sediaan antihistamin yang mempunyai kurang kesan mengantuk.

Ubat-ubat antihistamin juga boleh menyebabkan

1. mulut terasa kering,
2. gangguan penglihatan dan
3. sembelit jika diambil pada dos yang tinggi.

Amnya, antihistamin mempunyai terapeutik indeks yang tinggi dan kesan sampingan jarang berlaku pada orang dewasa. Sebahagian pakar perubatan mendapati berlaku toleransi terhadap penggunaan antihistamin. Namun pesakit boleh bertukar kepada ubat antihistamin yang lain.

Pada dos yang dicadangkan, ubat-ubat yang mengandungi antihistamin adalah selamat untuk kanak-kanak. Kesan toksik ubat antihistamin pada kanak-kanak yang disebabkan oleh dos yang berlebihan adalah

1. rasa gembira,
2. pergerakan yang tidak teratur,
3. kejang otot,
4. sawan dengan pembesaran anak mata dan
5. merah kulit.

Pada masa yang sama kesan pengambilan alkohol dan ubat-ubata penindas sistem saraf pusat yang lain akan ditingkatkan oleh histamin. Oleh itu, sekiranya pengambilan ubat-ubat ini perlu diberikan secara serentak, perhatian harus diberikan terhadap kesan mengantuk yang berlebihan. Perkara ini adalah penting bagi mereka yang perlu memberi daya tumpuan yang tinggi dalam kerja seharian.

Terdapat juga ubat yang mengandungi antihistamin dan dekongestan. Penggunaan dekongestan dikatakan dapat melegakan halangan yang berlaku di kawasan nasal atau hidung. Pemberian agen ini boleh dilakukan secara oral ataupun lokal.

Beberapa ubat yang bertindak sebagai agen dekongestan ialah

1. efedrin,
2. fenilefrin dan
3. fenilpropanolamin.

Ubat-ubat seperti natrium kromolin dan kortikosteroid sering juga digunakan untuk merawat kejadian alahan. Tetapi, penggunaannya perlu mendapat pengawasan dan nasihat yang sewajarnya dari pakar-pakar perubatan!!!

Terdapat banyak produk di pasaran yang digunakan untuk merawat gejala yang timbul yang disebabkan oleh batuk, selsema dan alahan. Secara tidak langsung ini akan menggalakkan masyarakat mengamalkan kaedah swapengubatan untuk merawat penyakit yang mereka alami.

Walaupun terdapat beberapa jenis ubat yang boleh dikendalikan oleh pengguna sendiri, pengguna dinasihatkan agar mendapat maklumat yang betul sebelum menggunakan sesuatu ubat! 

Friday 15 July 2011

Kelebihan ayat Kursi

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."
Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"

Sabda Rasulullah s.a.w., " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."
Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah s.w.t. dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Quran, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.
 
Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah s.a.w. menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala. Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Quran, hadis Rasulullah s.a.w. dan sunnah Baginda s.a.w. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan laknatullah.

Wednesday 13 July 2011

Dokumentari Puaka Istana Billah

17 April 2011 : Kosmo


PENUNGGU Istana akan menemui penonton di pawagam, 21 April ini.

GENRE seram barangkali satu alternatif terbaik untuk memancing penonton ke pawagam. Bukan sebagai jalan pintas tetapi genre seram merupakan satu percaturan yang bijak. Adaptasikan sahaja genre itu dalam genre komedi, pasti ia menjadi naskhah komedi seram. Adunan elemen sama dalam genre drama mahupun suspen pasti menjadikan ia suspen seram atau drama suspen. Hasilnya, sebusuk manapun filem genre seram atau hantu itu, ia pasti mencuit perasaan penonton.
Selepas filem-filem seram seperti Ngangkung, Khurafat, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Di Larang Masuk dan Senjakala, sinema tempatan tahun ini akan menemukan penontonnya kepada sebuah lagi filem seram yang sedikit lari daripada genre semasa.
Penunggu Istana disebut-sebut sebagai filem seram paranormal pertama di Malaysia, ia bukanlah filem pertama yang diterbitkan Primeworks Studios yang pernah bekerjasama dengan Skop Productions menerusi Khurafat arahan Syamsul Yusof. Berbeza dengan filem seram lain, Penunggu Istana dihasilkan berdasarkan penemuan sebuah pita rakaman yang mengandungi kejadian paranormal di sebuah rumah tinggalan yang dikenali sebagai Istana Billah.
Boleh dikategorikan sebagai filem dokumentari, Penunggu Istana memaparkan kisah benar pencarian kumpulan paranormal The Seekers Team yang menjejaki misteri istana tua yang terbiar di Perak, Istana Billah. Pada Februari 2009, krew sebuah produksi televisyen yang menjalani penggambaran untuk siri drama Warkah Terakhir mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dahsyat di istana itu. Rentetan itu, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenar.
Bekerjasama dengan pengarah drama Warkah Terakhir, Wan Hasliza, mereka bermalam di istana berkenaan selama tujuh malam berturut-turut. Kumpulan itu akhirnya menyedari bahawa mereka tidak bersendirian bahkan ditemani oleh penunggu sejak hari pertama tiba. Aktiviti paranormal yang berlaku di Istana Billah bukan saja menjadi buah mulut orang kampung tetapi turut diakui sendiri oleh kru Warkah Terakhir yang pernah menjalani penggambaran di sana sebelum ini.
SEPASUKAN pelajar (dari kiri belakang) Sara Ali, Nadzirah Ahmad Nadzri, Mustaqim Mohamed Zaki manakala barisan depan dari kanan, Nor Zafirah Abd. Rahim dan Amar Asyraf.

Misteri Istana berpuaka berusia lebih 100 tahun itu akan dikongsikan dengan penonton Malaysia mulai 21 April ini. Pengurus Besar Filem dan Drama Primeworks Studios, Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata, Penunggu Istana memaparkan rangkuman rakaman video yang dirakamkan lima pelajar dengan bantuan ahli kumpulan pencari aktiviti paranormal, Seekers.
Ditayangkan selama 90 minit, filem ini adalah cantuman daripada pita rakaman terakhir yang membuat kajian aktiviti paranormal di istana itu. Kajian lima pelajar itu akan dipaparkan sebagai sebuah dokumentari berdasarkan jurnal video yang diperoleh mereka sendiri. Cantuman rakaman sepanjang 15 hari itulah yang difilemkan bagi mencari jawapan terhadap kejadian yang mengerikan.
Filem itu turut mendapat kerjasama daripada pengarah Warkah Terakhir, Wan Hasliza. Selama tujuh hari mereka bermalam di istana itu, segala bukti kewujudan makhluk ghaib dan tragedi yang berlaku sepanjang penyiasatan itu dirakamkan sendiri oleh mereka. Individu yang lemah semangat atau mudah terkejut, berfikirlah dahulu sebelum menonton filem berkenaan kerana ia bukan rekaan semata-mata.

Sunday 3 July 2011

Janda yang dahaga


Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami….
Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya.
Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik. Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan kerana pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya…
Walaupun…. hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam … Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu…
Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi, beliau bangun dari katilnya,badannya terasa panas,tekaknya terasa haus.  Beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur,sampai di dapur,beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk.  Beliau tuang ke dalam cawan dan meminumya.  Setelah meminum air tersebut,beliau kembali kedalam bilik dan tidur semula…
Sekian terima kasih, itulah kisah seorang janda yang dahaga.
Wah, sepenuh hati korang mambaca nyer.
Ha…haa…haaa….

Thursday 30 June 2011

Kisah Seram di banglo berdekatan Wet World Shah Alam

Ini kisah benar walaupun dah lama tapi tempat tu masih berhantu dan wujud lagi iaitu kisah beberapa orang rakan dan pelajar di sebuah banglo di Seksyen 2 Shah Alam berdepan dengan Wet World.

9 tahun lepas aku dpt smbung bljar kt uitm shah alam. So,perkara pertama yg kna fikir ialah aku nk duk mn sbb ak xdpt hostel. Oleh sbb kerajinan & keperihatinan yg ada kt aku n kwn2,maka dpt le aku ngn kwn2 aku umah sewa.....dekat2 area seksyen 2. Berhampiran ngan wet world [kalo korang tau la]. 

Uma tu bunglow 2 tingkat ngan 4 bilik. 3 bilik kt atas n 1 bilik kt bwh. Kitorg semua berlapan,kiranya 2 org utk 1 blk la. Aku ringkaskan je la,kitorg msuk umah tu ngan perasaan berbelah bahagi. best, suke, pelik, rimas, takut semua ada. 

Pertama,tuan umah hanya amik rm50 je sbg deposit n sewa prtama hanya byr bile msuk bln kedua kami duduk uma tu. Kiranya bln prtama ni free la....[?] 
Kedua,tuan umah x bg kitorg bwk brg bnyk2 sbb nnt pnat nk angkat blk katanya... 
Ketiga,pokok ara tepi umah tu bsr sgt smpai dahan dia bleh msuk kt tingkap blk atas. 


Mlm pertama duk uma tu kitorg xtido sbb sibuk punggah n kemas brg+lyan dvd korea . Citer seramnya start ms hari kedua. xpayah nk tunggu mlm,siang2 pon kitorg dah kna kacau. Azmi "dagu" org first kena. 

Ms tu br kol 10.30pg [anggaran aku la], si Azmi ni bgun nk memerut. So dia g la toilet bwh tu tp dlm toilet ada org [sbb pintu tutup]. Toilet atas plak rosak, tuan umah kta nnt dia btulkan. Tunggu punye tunggu, xkuar-kuar org dlm tandas ni. Jd Azmi ni memekik la soh cpt sket kuar sbb dia xtahan. Akibat jeritan c azmi ni, abis satu umah bgun gi tengok peehal. Yg peliknya, kitorg berlapan smua ada, abih tu sape yg kt dlm tandas ni? Pintu toilet lak berkunci siap ada bunyi org flush jamban lg.... Dlm reramai ni,Lan sorg je yg berani sket [mgkin psl dia ni keturunan bugis kot], dia g rentap pintu toilet tu smpai trbukak. Xde org tp dr kesan yg ad,pintu tu mmg dikunci dr dlm. Last2 si azmi xjdk berak...mngkin psl takut kot. 

Mlm tu kitorg kna lg teruk. 

Ms aku nyenyak tdo mlm tu tetiba jek ad org tarik dua2 belah kaki auk sampai jatuh dr katil. Kepala aku terhentak dulu kt lantai!! Ape lg,hangin la aku sbb ingat bdk2 nk wt pedajal kt ak tp bl aku bangun xde org plak. Yg ad cume c Lan yg ngah membuta kt katil atas. Ak x rs Lan yg buat sbb confirm dia tdo mati. Bl ak kuar bilik, ak dgr bdk2 ngah ketawe. Rupenya diorg ngah layan dvd kt hall bwh. Ak pon msuk blk balik sbb still bingung lg tp br ak terperasan ms ak ngah jengah kebawah td ak perasan Lan ada!! Bukan ke td ak nmpk dia ngah membute dlm bilik? Ahh suda... 
Dgn perasaan berani2 takut ak tgok atas katil Lan ada bonjol bwh selimut,kiranya mcm ad org la. Ak tarik kain selimut tu n guess what? ad batu nisan yg da retak2 dn otomatiknya blk ak diselubungi bau hapak+hanyir yg sgt2 kuat. 

Ms ni korg jgn tnya ak la ape aku buat sbb kalo menda ni jdk kt korg pon xkan korg nk stay lg dlm blk tu btol x? Ak rs kaki ak da x jejak tanah da sbb lari laju sgt. Aku lari kuar dr bilik tu & g ke hall sbb nk gtau member2 ak la kononnya tp yg mcm haram jadahnya member ak sorg pon da xde kt hall. Nk tau diorg kt ner? semua da duduk kt luar umah!! Rupanya diorg awal2 lg da kna kacau. Yg lakhanat nye, xde sorg pon kejutkan ak....taik betol diorg ni. 

Lepas diorg tenangkan aku, kitorg decide nk buat ape skang sbb skang ni da pkul 3 pg. Nk mtk tlg tok imam,umah tok imam pon kitorg xtau. Nk mtk tlg jiran, kiri kanan umah kitorg cina. Last2 salleh ajk lepak restoran hakim jek smpai pg. Bunyinya mcm senang tp memasing semua xpakai baju pastu pakai boxer ngan kain pelikat jek. Mau x mau trpaksalah jgk kitorg msuk uma tu balik sbb nk amik suar, wallet n kunci motor. 
Oleh sbb bilik c Bob ngan Naim je yg kt bwh, maka kitorg decide le nk pinjam baju n suar dia. Masing2 tkut nk naik tingkat atas. Wallet pn ak tinggal. Masing2 pakat gn duit naim lu. Nasib baik kunci motor kitorg sangkut kt dinding [tmp penyangkut]. Ms nk kuar dr rumah tu, Wak plak perasan ad bdk pompuan kt pintu dapur ngah senyum sambil babai tgn kt dia. Yg ak plak bole trperasan bdk tu jgk sbb ak tgk muka wak da kejung+pucat lesi. Sekali bdk tu senyum rs mcm nk trkincit dlm suar la... Kepala lutut ak menggigil sampai kt restoran hakim!!!!   


Lepas smp kt restoran hakim tu,memasing sibuk buka cerita trmasuk ngan ak skali la. Memula Wak cerita la,mlm tu lebih kurang kol 12 lebih,dia sibuk download lagu tetiba ad bunyi mcm org baling batu kt tingkap bilik dia. Bl dia jengah,dia nmpk ad sorang pompuan duk kt atas pokok kayu ara sblh umah tu,pakai bju putih + kekuningan+ koyak2+ rambut panjang. Yg sadisnya,pompuan huduh tu boleh senyum kt dia plak. Wak ni ape lg tutup tingkap bilik dia n terus nk kuar g bilik ak la kononnya. Malangnye, lg sekor plak hantu duk kt dpn pintu bilik dia tp kali ni antu budak. So dia amik keputusan terjun dr tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik jek xpatah. 

Azmi "dagu" plak cter la yg dia nmpk ad bdk pompuan babai tgn kt dia[yg ni, ak pon kna gak ok]. Ak confirm yg bdk ni bkn manusia sbb ak tgk kaki dia xde!! Sam plak cter dia nmpk hantu tu kt siling umah! Bile buka mate jek, antu tu bebetol "eye to eye" ngan dia. Kiranya memasing semua kena kacau la ni. Dan ak org yg last cerita. 

Ak ckp la yg aku kna tarik dua2 kaki ms tido smp kepala ak terhentak kt lantai. Pastu ak ckp le yg ak nmpk diorg ngah layan dvd kt hall tp c Azmi tetiba nyampuk "bile ms plak kitorg tgk dvd ni?". Rerupanya xde sorg pon yg tgk dvd pg tu!! Dah tu, sape yg ak nmpk? haru betol.....kaki aku yg dr td menggigil makin brtambah kuat menggigil. 

Ngah sibuk2 berborak,aku terbau sesuatu yg kurang enak. member2 ak yg lain pon bau gak. Rupanya si Azmi ni td da terkencing dlm suar sbb takut sgt. Nasib baik mlm tu xramai sgt org kt Restoran Hakim tu. Malu betol. Ak plak bleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dr sibuk2 cter seram terus jdk cter klakar plak. 

Tengah sibuk2 ketawe, br kitorg perasan yg si Salleh ngan Naim xde ngan kitorg. Yg ad cume kami berenam. Ak, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan. Dlm ramai2 tu cuma Bob sorg jek yg bwk hp, so kitorg try call Naim tp xde org angkat. try call Salleh plak, sama gak xde org angkat. Pastu Lan amik hp Bob tu, dia bc apa ntah agaknye pastu dia soh Bob call naim lg skali. Bob call n bukak loud speaker. Korang tau ape jd? ad suare pompuan ngilai. Gila2 punye ngilai la sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last2 kitorg sepakat akan tunggu smpai pg esok br blk umah tu semula n cari Naim ngan Salleh. Lepas dgr suare pompuan ngilai kt hp tu, xde sorang pon antara kitorg brckp....smp subuh!! 

Pukul 7.30pg br kitorg blah dr Hakim. Hati aku masih lg kuat berdebar-debar.Yg lelain ak xtau la. Smp kt dpn umah, ak tgk pintu umah ngan gate da trbukak seluas-luas nye. Ni kalo pencurik masuk ni, memang dia kaye sbb laptop,wallet ngan hp kitorg semua tinggal camtu aje. Bulu tengkuk aku masih lg meremang.Xde sape berani msk umah tu dulu...Aku ingat, ada la 20-30 minit kitorg duk tercanggak kt dpn umah sbb xde sape berani masuk. Ntah camne agaknye hp Bob berbunyi. Hati aku da x sedap. Jgn la kate antu tu call kitorg soh msuk umah. Lan yg angkat. Sebenarnya dlm reramai geng ak ni, Lan la yg paling berani tp kekadang dia jd penakut jgk la. Pihak hospital call, katanya Naim ad kt wad emergency hospital klang. Eksiden katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dr no.hp Bob ni, tu yg dia call no.hp Bob ni...ooo00 br ak phm. Yg peliknya Naim eksiden? 

Memasing da serba salah jadinya. Bingung pon iye jgk. Xtau samada nk melawat Naim kt hospital klang or cari Salleh yg hilang. Akhirnya kitorg call tuan rmh utk tgk ape yg patut. Ak ngan Sam plak g hospital klang tgk keadaan naim cmne. Kalo mmg tenat sgt, ak inform yg lelain soh dtg la. Yg lain ak soh cari salleh kt keliling umah, takut2 dia kna sorok. Kami masing2 tawakal aje. Ms otw g hspital klang ni, ak xtau la c sam pecut smpai berape tp hati ak masih lg kuat ckp yg hal ni x abis lg. 

Smp hospital,aku terus cr Naim. Sebak betol hati ak tgk Naim serius parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek ngn keta or something else la. Kes dia ni langgar lari. Naluri ak kuat ckp yg umor Naim ni x panjang sbb darah bnyk gile kuar. Sam plak xsanggup tengok, air mata dia da berjurai-jurai cam air terjun. Doktor pon ckp yg dia ni da nyawa2 ikan,xdpt nk tlg bnyk. Ak duduk kt tepi Naim, dia bole brckp lg tp sangkut2. Dia mntk maap sbb buatkan kitorg jdk susah. Berulang-ulang kali dia mntk maap tp ak msh lg xdpt tangkap ape yg dia ckp ni. Akhirnya dia meninggal gak...Ak gagahkan hati ak tepon kengkawan lain gtau psl Naim da meninggal. Ak tgk Sam da trduduk kt tepi balkoni ngan mata merah sbb nangis bnyk sgt. X lama pastu parrents Naim dtg. Ak x sanggup nk tunggu lg n ajak sam balik shah alam. 

Smpai kt umah, aku tgk ramai gler org ngah cari salleh tp xjumpe. Abis satu umah dia geledah. Lastly,ad org tua kt situ mntk tlg ngan sorang ustaz. Ak tak ingt pe name ustaz tu tp lepas asar br kitorg jumpe salleh duduk kt atas busut blkg umah. Yg herannya, da 5,6 kali org cari tp xde plak jumpe dia kt situ. x kisah la janji jumpe balik salleh ni. Kitorg pnye la suke jumpe c salleh ni blk. Memasing amik keputusan pindah dr umah tu haritu jgk. Kebetulan plak kt sek7 [pintu blkang uitm] ad satu umah utk disewa, kitorg pindah situ la. Brg2 naim kitorg angkut skali. Terus terang ak ckp, mmg ak hangin gile tgk muke tuan umah sbb xgtau yg umah ni "keras".ptut la dia soh byr rm50 jek dl pastu xbg bwk brg bnyk2. Chisss...... 

Aku demam 3 hari. 

Jenazah naim selamat dikebumikan kt Raub,Pahang. 

Seminggu lepas tu,keadaan da ok sket cume salleh jek yg sakit2 bdn. Akhirnya mulut aku trgerak nk tny salleh pe yg brlaku sbnrnye sbb sblm naim meninggal tu dia ada ckp kt aku soh tnya salleh satu rahsia. Rupenya ms hari 1st day kitorg msuk umah tu, Naim ngn salleh da wt hal. Dia g cangkulnya busut kt blkg umah tu. C naim plak boleh kuis2 ngan kaki dia. Mgkin psl tu la kaki dia eksiden kot [dlm hati aku la]. Pastu salleh cter la,kn ada mlm yg kitorg satu uma kna kacau tu dia ngn naim pon kna gak. Tp antu tu siap kejar diorg lg smp kt jln. Diorg punya la cuak smp lari ke tengah jln. Ntah mn dtgnya keta tetiba da hentam diorg. naim trcmpak kt tgh jln, yg dia plak kt tepi. Dtg keta lain terus lenyek kaki naim. Pastu,salleh kata dia terus xsedar pape smpailah kitorg jmpe dia atas busut tu. Yg peliknya,cmne dia boleh duk kt atas busut sedangkan dia kata dia da lari kt tgh jln bsr? Nape naim sorg yg kna teruk sgt tp salleh x? 

Akhirnya aku dpt jawapan sbnr. X lama lpas salleh cter ngn aku, dia jatuh sakit. Xtau la sakit pe tp 3 bln pastu dia meninggal. Famili dia sndiri bingung sbb doktor pon xtau sakit c salleh. Tp ak yakin, kes ni ada kaitan ngn busut yg diorg gi gali tu. Ak ngan geng2 ak yg lain smpat ziarah arwah salleh. Paling xbole tahan Bob sbb dia roomate ngan Naim. Mmg ak tau dia sedih sgt......Yg xbole ak lupe, kitorg semua nangis masa angkat jenazah salleh. Rs sedih sgt ms tu.. 

Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan, semua skali slmt abiskan pgajian kt uitm ni. Buat naim ngn salleh, kitorg tetap akn ingat ko smp bebila...al-fatihah ..

Wednesday 29 June 2011

blue sky

Birunya langit hari ini mengajariku akan suatu hal, segalanya akan selalu berganti seperti indahnya langit hari ini, sebelumnya aku melihat mendung menutupi hamparan luas langit, namun angin mematuhi melukis takdirMu mengganti kelabunya langit mejadi biru nan elok, langit membiru seolah menitipkan senyuman matahari, mereka ingin kita selalu tersenyum, tersenyumlah untuk sekarang dan nanti sampai waktu cukup untuk melepas kita pergi, kerana dengan senyuman segala hal yang menyiratkan kesedihan akan berangsur menghilang dan membuat segalanya terasa lebih mudah, kala kesedihan itu menghampiri ingatlah setiap kebahagiaan yang kita terima selama ini, bukankah kebahagiaan lebih banyak dibandingkan kesedihan, lalu apa lagi yang kita risaukan? Karena setiap kesedihan atau kebahagiaan akan segera berakhir dan berganti dengan peristiwa lagi, sebuah proses pembelajaran untuk memahami mengapa kita hidup saat ini.
Aku berjalan hanya dengan mata hati, bernafas hanya dengan tekad, aku mendaki penuh dengan teka teki, dimanakah matahariku?
Matahariku selalu bersinar, namun makna sinarnya hanya mengenai mereka yang mau membuka diri, meskipun cahayanya seolah menerpa setiap insan di bumi ini, tapi tiap tiap yang menerima berbeza mengertikannya, ada yang bingung mengapa matahari ini kadang bersinar kadang redup, ada yang sedih kenapa matahari redup hari ini, ada yang risau akankah dapat melihat lagi indahnya matahari hari ini, dan ada pula yang berfikir mengapa matahari tidak pernah lelah bersinar? Kita berada dimana, kita berhak memilih.
Matahariku selalu bersinar, takdirnya memberi arti kehidupan ini, aku pun ingin seperti dia dengan segala kemampuan yang aku miliki saat ini, berusaha memberi arti, bukankah kita terlahir di dunia ini adalah dengan takdirNya, dan kita terlahir di dunia ini bukan tanpa tujuan melainkan membawa pesan- pesan Tuhan, hidup ini pilihan, dan aku telah putuskan, pilihan yang wajib aku perjuangkan. Aku dalam masa proses, tapi keyakinanku sangat kuat, aku harus berjuang kawan, kamu boleh aku pun boleh!
Bila Aku jatuh nanti, Aku siap Melompat lebih Tinggi.
Tetap Semangat dan Hadapi setiap Episode Hidup dengan Senyuman :-)
Everyone feels pain
But surely, after suffering satisfaction will arrive
Step by step, I want find that light :-)