Animated Dragonica Star Glove Pointer

Sunday 14 August 2011

Bestnya raya...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Brape minggu je lagi hari raya akan tiba tapi baju raya aku blum beli lagi, ape la plak tema baju raya tahun ni ye.. Ape yang pasti aku suka kaler biru tapi sebelum keluar nak beli baju raya mesti mak aku dah pesan awal-awal jgn beli baju raya kaler biru..hmm...sedih nya.. :(


Tapi aku bukan lah nak cerita pasal baju raya..Sedang aku online tetiba aku teringat raya time kecik2 dulu..Best nya raya time kecik2 dulu kan....paling best mesti la dapat duit raya..Time kecik2 dulu aku selalu je ikut abang aku gi beraya..kalo x bawak aku merengek menangis..


Time kecik2 aku suka beraya umah org kat Taman Ibu Kota atau Danau Kota...sbb area kat situ ramai org kaya tinggal situ..dapat duit raya pun masyukk...time tu aku suka lawan dgn abang aku sape paling banyak dapat duit raya..

Time kecik2 aku suka main mercun terutamanya mercun bola..bunyi paling kuat tu...kadang2 aku suka main mercun mancis je..bunga api main jugak walaupun x adventure...huhu..teringin rasanya nak main meriam buluh tapi nak wat mcm mane aku tinggal area bandar..kang kena tangkap polis plak..

Bagi aku raya paling meriah time kecik2 dulu sebab dulu kami adik beradik saling m'bantu mak m'buat kuih raya..mak buatkan baju raya..tolong bersihkan rumah sama2, cat rumah, tukar langsir n seangkatannya..setiap orang ada tugasan masing2..

Tapi Raya Sekarang..meriah ke???  


Bagi aku raya sekarang biasa je..aku da bosan raya kat KL..sekarang takde masa dah nak buat kuih raya..beli je ape yg nak..sekarang takde masa dah nak bersihkan rumah sebab masing2 sibuk..tugas tukar langsir aku je yang buat tiap2 tahun sebab aku kecik ringan panjat memanjat ni...mak aku da takde masa nak buatkan baju raya...suruh aku beli je baju raya..hmmm...nasib la kan...


Setiap kali raya aku dgn mak aku takkan lupa menziarahi kubur arwah abang aku..memang tugas aku pun membersihkan kuburnya..hmmm...ape lagi nak cerita..tu jelah nak cerita...time nak berbuka puasa sekarang ni..
bye...wassalam... selamat berbuka puasa... :)

Monday 8 August 2011

Misteri Rakan Sebilik

Minggu suai kenal baru sahaja berakhir. Rata-rata pelajar yang mengikuti program itu cukup berpuas hati dengan aktiviti yang disediakan. Biarpun sedikit penat namun kepuasan jelas terpancar di wajah setiap peserta kerana berpeluang mengenali dengan lebih dekat antara satu sama lain.

Kemeriahan pagi itu turut dirasai oleh Quratul serta tiga rakannya. Biarpun baru dua minggu di Institusi Pengajian Awam (IPTA) itu namun kemesraan seperti sudah lama terjalin antara mereka sekalipun berada di fakulti yang berbeza. 

Nasib Quratul sedikit baik kerana diberi bilik yang memuatkan dua penghuni sahaja sedangkan tiga rakannya terpaksa tinggal di bilik yang menempatkan empat penghuni. Malam itu Quratul meneruskan rutin hariannya dengan mengemas buku sekali gus memastikan segala tugasan yang diberikan pensyarah telah disiapkan sepenuhnya. Sekali-sekala matanya melirik tajam ke arah jam di dinding yang berdenting selama 12 kali.

"Hai, dah pukul 12 pun tak balik-balik lagi minah sorang ni. Orang lain pun study jugak tapi tak la macam dia ni, sikit punya susah nak jumpa. Agaknya kalau aku berlaga bahu dengan dia, confirm tak perasan punya sebab muka dia pun aku tak tahu macam mana, harap nama aje yang aku tahu," gumam Quratul di dalam hati.

Keheningan suasana malam makin dirasai. Mata Quratul bertambah layu, penat dan minta untuk direhatkan. Dia kemudiannya berlalu perlahan-lahan ke katil untuk melunaskan permintaan mata. Dua jam kemudian, Quratul sedikit tersentak dengan bunyi kuakan pintu dan dalam kesamaran malam itu, dia ternampak sesusuk tubuh seorang wanita sambil menjinjit beberapa buah buku. 

"Apasal balik lambat sangat? Kau pergi mana tadi, penat aku tunggu," sapa Quratul dengan mata yang terpejam. "Aku ada group discussion la sebab esok En. Amran nak buat test. Sorry ya sebab tak inform kau awal-awal," jawab Mira dengan nada yang bersahaja.

Perlakuan Mira dari sehari ke sehari menimbulkan pelbagai persoalan di hati Quratul. Manakan tidak, dia hanya berpeluang berbicara sekali-sekala pada waktu malam sahaja, itu pun apabila dia 'dikejutkan' oleh kepulangan Mira dari mengulang kaji pelajaran atau berjumpa teman-temannya. Hampir satu semester  Mira menjadi roomate Quratul namun tidak sekalipun dia mengenali wajah temannya itu. Timbul keinginan di hati Quratul untuk menyelidik latar belakang temannya dari warden asrama.


"Puan Zaharah, boleh saya tahu siapa roomate saya? Dah nak dekat satu semester dengan dia tapi latar belakang atau wajah dia pun saya tak tau. Rasa misteri sangat sebab dia hanya berbual dengan saya pada waktu malam aje, siang memang tak sempat sebab dia pergi kuliah awal," ujar Quratul dengan panjang lebar.

Tidak lama kemudian Puan Zaharah mengemukakan  jawapan yang cukup memeranjatkan. Katanya selama ini Quratul tidak mempunyai roomate dan dia sebenarnya tinggal seorang diri di bilik itu. Selain itu tiada rekod yang menjelaskan bahawa Mira pernah didaftarkan untuk menginap bersamanya sejak dari awal semester lagi.

Quratul terpaku dengan jawapan yang diberikan. Dia segera menceritakan perkara itu kepada tiga rakan karibnya. Salah seorang dari mereka menjelaskan bahawa peristiwa yang dialami Quratul ada hubung kaitnya dengan kejadian yang berlaku sepuluh tahun lalu di laut berdekatan asrama itu.

Berdasarkan kisah yang didengarnya, ada sepasang kekasih mati lemas di laut berkenaan kerana air pasang. Hanya mayat lelaki yang ditemui manakala pasangannya tidak dapat dikesan. Dipercayai juga wanita itu pernah tinggal di bilik Quratul dan mungkin kerana itu 'dia' masih lagi ada di situ dan menganggap dirinya sebagai salah seorang pelajar di IPTA ini...

TAMAT..... :)