Animated Dragonica Star Glove Pointer

Wednesday 20 July 2011

Siapa yang Menegur tadi??

Ari ni aku nak share dgn korg ceta hantu yg aku baca from buku cerita seram...kisahnya begini...


Hari sudah semakin larut. Hasni dan Azuin masih lagi tekun mengulang kaji pelajaran di fakulti. Pada minggu peperiksaan begini, memang ramai pelajar yang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. Jarang sekali fakulti dipenuhi pelajar untuk mengulang kaji, apatah lagi pada waktu malam begini.


Keadaan sunyi dan tenang memudahkan mereka menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran. Khusyuk menelaah pelajaran, tidak sedar jarum jam menunjukkan hampir 12.00 tengah malam. Ikutkan hati mahu sahaja mereka balik ke kolej dan menyambung ulang kaji di bilik. Takut pula bila memikirkan waktu-waktu begini banyak 'benda-benda' yang suka menganggu.


Tapi, Hasni dan Azuin tetap kuatkan semangat kerana peperiksaan pertama akan bermula awal pagi esok. Tiba-tiba, Hasni bangun dan menganjak Azuin menemaninya ke tandas.
"Hisy, sejuk sangatlah. Nak terkuncil pulak. Azuin, temankan aku ke tandas sekejap,"kata Hasni apabila sudah tidak tahan lagi mahu terkuncil.


"Ala, malaslah. Banyak yang aku belum cover lagi. Aku takut tak sempat aje nak habiskan semua. Taubat, lain kali aku tak nak study last minute macam ni," balas Azuin walaupun di hatinya terselit rasa takut ditinggalkan sendirian di dalam kelas tengah-tengah malam begini.
"Tak apalah kalau kau tak nak ikut. Tolong tengok-tengokkan barang aku ni," kata Hasni kecewa sambil berlalu.


Tidak sampai lima minit Hasni keluar, tiba-tiba kedengaran pintu dibuka. Hasni masuk sambil menundukkan muka dan duduk menyambung ulang kajinya yang terhenti tadi. Azuin hanya mendiamkan diri. Pasti Hasni merajuk sampaikan tidak mahu memandangnya.

Sementara itu, Hasni yang berada di tandas, masih lagi berdiri menghadap cermin. Baru sahaja disarungkan tudung yang dibuka sebentar tadi untuk membetulkan anak-anak rambut yang terkeluar, dia terdengar pintu ditolak dengan kasar dari sebelah luar.


"Aik, tadi aku ajak tak nak ikut. Tengok sekarang kau pulak yang kelam-kabut. Dah habis study ke?"perli Hasni pada Azuin yang melulu masuk ke tandas tadi.
"Kesian kat kau tak ada orang temankan. Kawan kau dah ada orang temankan,"balas Azuin sambil tersenyum sinis  padanya.
Pelik, kenapa suara Azuin lain macam aje. Kalau tak salah, muka dia nampak pucat sikit. Takkan sampai pucat muka tahan sakit perut kot, seloroh Hasni di dalam hati. Tersenyum-senyum dia sendirian di hadapan cermin mengingati wajah Azuin.
"Oi, Awin. Apa kau buat kat dalam tu. Lamanya. Tu la, aku ajak tadi kau tak nak ikut. Aku masuk dululah ya," laung Hasni bila sudah agak lama menunggu Azuin. Penat kakinya berdiri. 

Sebaik sahaja pintu dibuka, Hasni terkejut melihat Azuin yang masih lagi di dalam kelas. "Bila masa kau masuk kelas. Tadi, bukan ke kau ada lagi kat dalam tandas dengan aku?" tanya Hasni.


"Aik, yang kau tu, bila masa kau keluar. Tadi kau ada aje...Ha... Ha... Hasni, kau terfikir tak apa yang aku fikir?" tanya Azuin tergagap-gagap.
"Aah. Aku rasa dah cukuplah apa yang kita study tadi. Aku dah penatlah," ujar Hasni yang juga menyedari mereka sedang 'dipermainkan' di situ.

Terkocoh-kocoh, kedua-duanya mengemas barang-barang dan berjalan secepat mungkin meninggalkan kelas.
"Hai, takkan nak balik dah kot. Temankanlah kami. Tak ada siapa nak temankan kami. Jomlah kita main dulu." Terdengar suara-suara 'makhluk' menegur mereka sambil ketawa nyaring.
Apa lagi, mendengar sahaja suara-suara yang bercakap dengan mereka tanpa melihat sesiapa di situ, kedua-duanya mengangkat langkah seribu. Tak peduli lagi dengan beberapa alat tulis yang terjatuh akibat terlalu takut dengan gangguan begitu.

TAMAT.... 

4 comments:

  1. oit sejak bile ko ada blog sendiri nie aien oi
    cite seram lak tue

    ReplyDelete
  2. wow.. ni kisah benar ke apa rekaan ni.. mcm penah ku baca kisah ini..

    ReplyDelete
  3. aku baru je wat blog ni..hahaha..

    ReplyDelete
  4. ntah la..wallahualam...penah dengar katne?? ni cerita dari buku kompilasi cerita seram "siapa yg menegur tadi?"

    ReplyDelete